Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

December 13, 2014

CPUV #18 Maybank #ILove

..Assalamualaikum Semua..

Usha Nuffnang pagi ini terlihat CPUV baru masuk semalam

kali ini dari Maybank #ILove


Minggu lepas sibuk pasal kempen Maybank blogbuster cuba-cuba juga hantar 
tapi nampak status masih Pending :) hehehe ada rezeki ada la kan 

Usha website Maybank pasal Maybank #ILove wahhh terus teruja tengok ini


Banyak tawaran hebat dari Maybank rupanya...kalau tak kerana CPUV ni
memang Sofu tak tahu la walaupun sudah lama menggunakan pakai 
Maybank2u untuk selesaikan komitmen bulanan Sofu

Terima kasih Nuffnang & Maybank :)






December 12, 2014

CPUV #16 Marigold UHT Milk (PC) dan CPUV #17 Education NZ

..Assalamualaikum Semua..

Jom update CPUV yang masuk lagi...senyum  lebar ke idak kalu cam gini
kalau masyuk betul best juga kan boleh buat duit tambahan beli
barangan sekolah anak-anak hehehe...jangan mandul udah kan
harap-harapnya tidak :)



Terima kasih Nuffnang....sudi serahkan CPUV pada Sofu semalam

Penaja untuk CPUV kali ini ...

Marigold UHT Milk (PC) dan Education NZ

Terima kasih banyak2 pada penaja CPUV sekalian

Rakan-rakan blogger yang singgah sudi-sudikan lah klik atas, tepi dan tengah ya :)

CPUV #15 Rakuten September Super Sales

..Assalamualaikum Semua..

Update pasal CPUV pula hari ini 2 hari lepas terima CPUV dari Nuffnang lagi
Love U la Nuffnang banyak-banyak...(nanti hadiahkan CPUV banyak-banyak lagi ya)

Penaja kali ini adalah Rakuten September Super Sales


Pertama kali dengan pasal Rakuten ni..bila klik SINI baru tahu


Rakuten ini rupanya pusat jualan online ala-ala Zalora, Lazada dan seangkatan dengannya
Sudah terkenal di Jepun pastinya sebab mula bertapak di sana 

Bila singgah masuk macam teruja sahaja bila ternampak banner 'Super Sales' tu..

Jadi kepada mereka yang gemar berbelanja di atas talian boleh singgah tengok-tengok
mana  yang patut mungkin ada yang menarik perhatian anda juga mana tahu :)

December 08, 2014

CPUV #14 - Marigold UH

..Assalamualaikum Semua..

Kemaskini berkenaan CPUV yang diterima...
Ini CPUV yg ke 14 dan pertama untuk bulan Disember 
(orang lain dah 3-4 dah untuk bulan ni :) )


Apapun terima kasih pada Nuffnang dan penaja Marigold UH yang
sudi juga hadiahkan Sofu dengan CPUV ini.


Marigold UHT sangat-sangat la popular di rak-rak bahagian sejuk di kebanyakan pasaraya
terkenal di seluruh Malaysia

Sofu juga tak terkecuali layan juga minum susu UHT Marigold ni tidak 
ketinggalan anak dirumah tu.

Masuk kedai buka peti pilih sahaja perasa yang menjadi idaman hati :)


Pek begini akan memudahkan anak-anak membawanya ke sekolah



Untuk ini pula pasti satu keluarga dapat merasai kenikmatan SIHAT bersama

Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang singgah dan sudi klik...klik..klik
iklan...jasa mu akan ku kenang..



November 30, 2014

CPUV #13 - Old Town White Coffee

..Assalamualaikum Semua..
Pepagi ni masuk ke akaun Nuffnang...
Alhamdulillah ada CPUV yang datan singgah ke blog Sofu




Terima kasih Old Town White Coffee

2 tahun lepas selalu gak lunch disini kalau dah bosan menu sama geng pejabat rajin juga tukar
tukar tempat makan..:) kami selalu ke outlet Kelana Mall..jalan kaki je kami sambil
bersenam sebelum dan selepas makan kan..:)

Tapi sekarang jarang sikit ke sini sebab outlet dah pindah ke Paradigm Mall jadi kalau nak kesana
kena memandu la sikit

Suka juga menu di Old Town ni...
Kaya & Butter Toast Bread, Spicy Tuna Toast, Curry Puff Basket n macam2 lagi

Boleh la singgah di mana2 outlet Oldtown ya untuk menikmati keenakan menu mereka

Dengar khabar mereka ada menu baru moh cuba :)

November 26, 2014

NNPremiereScreening - Horibble Bosses 2

..Assalamualaikum Semua..

Semalam ke TGV One Utama untuk NNPremiereScreening filem Horibble Bosses 2
Tak sangka dapat 2 tiket ke sini. Saja cuba-cuba nasib mana la tahu kot-kot
rezeki dapat sepasang tiket menonton dengan abang. Banyak kali nak join tapi macam
takut-takut je...pertama kali join terus dapat :)

Jadi rezeki berpihak juga ke OU semalam dengan abang dengan hujan dan jalan
yang sesak semalam Alhamdulilah tiba juga di OU untuk tebus tiket dan menonton terus


Abang pesan "Kalau abang tertidur Yang tengok je nanti dah habis kejut abang". Tapi nampaknya
sampai citer tu habis dia tidak tidur jadi maknanya apa di situ...hehehehe

Bagi saya cerita santai sebenarnya...tak berat sangat tapi pembawakan watak Kurt dan Dale 
memang buat saya geram aje.. Nick ala-ala ketua bertindak cool aje. 
Kalau korang nak tahu kenapa saya geram dengan Kurt & Dale gi la menonton filem ni ya

Walaupun santai tapi ada isi yang hendak disampaikan...

Untuk menjadi ketua a.k.a bos :

1. Jangan terlalu lurus bendul 
2. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji kosong 
3. Penuh kan dada dengan ilmu 

Rahsia : Bos abang saya datang juga menonton filem ini rupanya...cuma bos dia tak perasan
akan kehadirannya sebab kami dapat seat depan nun & bos dapat seat atas


Terima kasih Nuffnang & TGV yang menaja :)

November 25, 2014

CPUV #11 - Altel Digital Campaign dan #12 - Mah Sing - Avenue Street

..Assalamualaikum Semua..


Alhamdulillah...terima kasih Nuffnang



Walaupun bercuti agak lama...huhuhu sangat-sangat kesibukan hujung tahun gini
masih juga sudi bagi CPUV tak lupa pada penaja juga :)

Altel Digital Campaign

dan

Mah Sing-Avenue Street

Sudi-sudikan lah klik-klik banner di blog semasa anda menyinggah ya..

Terima kasih banyak-banyak

November 20, 2014

CPUV #9 Inti 2015 Cycle 1 Degree & CPUV #10 Clinique Sonic System

..Assalamualaikum Semua..

Alhamdulillah..ada juga yang menyinggah walaupun bercuti 3-4 hari
menaip atau blogwalking...tersangat la sibuk sekarang ni



Jutaaan terima kasih buat penaja dibawah :

CPUV #9 - Inti 2015 Cycle 1 Degree 



Sebut sahaja perkataan Inti pasti anda sudah terbayangkan kolej yang terkenal ini
iaitu Inti International Universiti & Colleges.

Calon-calon SPM dan STPM boleh la singgah dan lihat-lihat program yang 
ditawarkan oleh mereka. Mana tahu mungkin ada program yang menarik minat anda 


CPUV #10 Clinique Sonic System

CPUV baru masuk semalam dan Sofu masih belum melihat iklan berarak masuk ke blog
buat masa ini. 


Akhir sekali jutaan terima kasih buat semua yang sudi klik pada iklan 
yang singgah di blog Sofu ini....muahmuahmuah



November 10, 2014

CPUV #7 & #8 - Dutch Lady Friso Baby's dan Sony Xperia Z3 Launch

..Assalamualaikum Semua..

Terima kasih Nuffnang dan penaja...Dutch Lady Friso Baby serta Sony Xperia Z3
sudi serahkan CPUV pada akaun saya :)

Ada CPUV yang dah di creditkan tak banyak pun tapi kira merasa la jumlah yang
diterima...ok..kita simpan dulu hujung tahun kalu banyak kasi keluar ya..:)



Sudi-sudikan lah rakan-rakan blogger yang singgah tu klik2 tabungan Sofu ya :)

Terima kasih..:)

October 27, 2014

CPUV #5 - Transitions Optical

..Assalamualaikum Semua..
Tengok-tengkok Nuffnang masa lunch tadi rupanya
Ada lagi CPUV yg datang
Terima kasih Transitions Optical
Terima kasih Nuffnang
Rakan-rakan sekalian jika melihat iklan ini memanggil-manggil anda
Sudi-sudikan lah klik ya
Terima kasih pada semua juga  

October 23, 2014

Dream Trip to Macau

..Assalamualaikum Semua..


Siapa yang punyai impian seperti Sofu jom sama-sama sertai peraduan dari Nuffnang ini.

Terbaca di website Nuffnang berkaitan Dream Trip to Macau, 
pucuk dicita ulam mendatangkan Sofu belum pernah sampai ke sana. 

Wahh....peluang sudah terbuka ke Macau pasti tiada siapa yang hendak lepaskan
peluang ini jika 3 hari 2 malam penginapan di hotel 4 bintang anda semua
DITAJA 

Penuh harapan agar pihak Nuffnang dapat memilih Sofu untuk merasai
keseronokan dan pengalaman yang menakjubkan di Macau nanti
Yang menjadi igauan saya pastinya..

1. Macau Tower


Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Macau Tower ini bukan sahaja berbelanja - jangan 
lupa bawa wang lebihan untuk berbelanja, makan - berbagai pilihan outlet boleh dicuba selain 
itu anda juga dapat melihat Macau dari Observation Deck dan aktiviti lasak yang pasti membuat
dada anda bergoncang. 

Pernah satu ketika menonton siri Running Man yang di rakam di Macau Tower,
terus tersemat ingin juga sampai ke sini tapi bukan lah untuk melakukan aksi yang 
dilakukan mereka iaitu Bungy Jump...Sofu tak mampu la gayat ooo...
tinggi sangat tetapi bila baca berkaitan Macau Tower terus menyimpan hasrat
untuk makan malam di Macau Tower 360 Cafe


Pastinya hidangan yang terbaik dan suasana malam Macau yang indah dan menakjubkan 
dapat dilihat dari disini. Tengok gambar pun sudah teruja kan.
 #Nuffnang sila pilih saya

2. A-Ma Culture Village


Muzium atau kampung budaya elalu berada dalam senarai tempat dilawati 
oleh Sofu bila travel . Dengan 7000 kaki persegi pasti tempat ini mempunyai 
pelbagai informasi untuk dikongsi pada pelancong yang datang. 
#Nuffnang sila pilih saya

3. The House of Dancing Water

The House of Dancing Water
The House of Dancing Water

Teruja tak...teruja tak anda lihat aksi persembahan mereka. Jadi Nuffnang harus
pilih Sofu untuk merasai dengan sendiri kehebatan mereka beraksi ya.
#Nuffnang sila pilih saya

Untuk rakan-rakan yang ingin ke Macau boleh terus melayari website 
Macau Government Tourism Office (MGTO)
 
Terima kasih buat Nuffnang yang sangat bermurah hati :)

October 15, 2014

CPUV - Entry Khas dari Blogger Kathy Arbain

..Assalamualaikum Semua..
Apa itu CPUV?
Kalau hendak tahu mesti la bertanya kalau tidak nanti tertanya-tanya sahaja hehehe.

2 hari lepas usha la Fuza dan Kathy di Fb bertanyakan pasal CPUV ni..

Tahu-tahu dapat je kan dari Nuffnang selepas hantar tiket juga ke depa.

Info yang diterima dari kedua-dua blogger adalah sama
Terima kasih untuk mereka

Ini untuk Fuza


Ini untuk Kathy


Tapi lagi best tu...Kathy saip buat entri Khas untuk Sofu.

Terima kasih banyak-banyak Kathy

Pada rakan-rakan yang masih belum memahami pasal CPUV boleh la terjah blog Kathy ya. 


October 13, 2014

CPUV #3 : Zurich Insurance Contest

..Assalamualaikum Semua..

Baru sempat kemaskini blog Sofu pagi ini dan singgah di Nuffnang


Terima kasih Nuffnang..mai singgah lagi CPUV #3 dari Zurich Insurance Contest

Jadi ada 3 CPUV yang dahagakan klik-klik rakan-rakan blogger 
Jika terlihat mereka berlegar-legar di sini sudi-sudikan la klik mereka ya

Terima kasih Nuffnang dan Pengiklan  :)

October 10, 2014

CPUV #1 dan #2 - Hari Ini Dalam Sejarah

..Assalamualaikum Semua..
Terkesima kejap bila buka akaun Nuffnang pagi ini.



Tengah malam tadi usha akaun masuk CPUV #1 - Sime Darby LPGA 2014 (PC)
Macam bulan jatuh keriba je..tiba-tiba dia timbul.

Pagi ini timbul lagi CPUV #2 - LAMIDO Digital Campaign
Rezeki Jumaat (Hari Bajet 2015 - boleh la jadi tabungan untuk tahun depan !!! )

Kepada yg singgah tu sudi-sudikan la klik-klik tabungan pertama saya dengan Nuffnang

Sekarang nak tuju ucapan terima kasih pada mereka dibawah ini :

Fuza Musa
Guru pertama saya berkenaan CPUV ni

Kathy Arbain
Berguna tips yg dikongsi hari tu dik :)

Mamaniza
Tips-tips di blog mama amat membantu

Nuffnang
Terima kasih, Xie xie, Thank you.

August 29, 2014

Nuffnang Raya 2014

Assalamualaikum

Nak juga buat entry pasal ni walaupun dapat merasai kemeriahan hanya seketika cuma (frust sebenarnya tak boleh duduk lama di situ)

Ucapan terima kasih yang tak terhingga pada :
- Nuffnang kerana menganjurkanmajlis ini
- Staff Nuffnang yang buat pemilihan pemenang
- Staff Nuffnang yang email jemputan
- Staff Nuffnang yang bertungkus lumus merialisasikan majlis ini

Alkisah saja-saja tanpa perasaan dan harapan menggunung untuk dapat jemputan kan..meh baca kat SINI  macam mana saya dapat jemputan ni.

23/8/2014 - hujan lebat mengiringi pemergian saya dan teman sepejabat saya Nur ke Wanaka Bunglow, Damansara dengan hati macam-macam perasaan ada tapi sebabkan nak merasai kemeriahan acara yang julung-julung kali Nuffnang adakan buat selamba je kan..rugi je kalau tak datang kan.

Mesti berdiri sini sebagai kenangan..:)


Sempat main congkak lagi (eksyen je tu..hihihi) sebenarnya banyak aktiviti disediakan pada tetamu yang hadir..tengok je la penajanya Ambi Pur, U Mobile & WowBooth...sangat-sangat happening la petang tu.

Congkak dan batu seremban ni area Ambi Pur harus wangi area ni asal blogger masuk je sembur pewangi Ambi Pur dan Febreze

Lepas bermain-main dan berwangi-wangi di sini singgah ke WoWPhotoBooth kat sini memang sangat-sangat happening kena Q di sini ya..

Hasil berposing-posing di sini : jadilah buat kenangan beraya dengan Nuffnang dari tak de kan..
Makan memang sedap masa sampai tu dah berbau kambing yang tengah bergolek2..time makan memang tuju yang itu la sebab menu lain belum ada :)...sos dia sangat awesome ya sebab sedap sampai gambar pun tak de ya sebab sibuk mencekik :)

Misi kena teruskan...sebenarnya saya teringin nak bergambar kenangan dengan blogger Fila Ibrahim pemilik blog KasihAleeya..wahh tercapai juga misi sebab dia pun ada disini siap masak lontong lagi kat sini..sebenarnya ramai lagi blogger terkenal yang singgah ke majlis ni tapi tak sempat untuk bergambar bersama (tuntutan keluarga perlu di dahulukan..abg dah whatsapp byk kali bila mau balik sebab nak gerak ke Penang pula sebelum Maghrib.. hehehe)
Dan yang penting dapat bertemu dan berkenalan dengan blogger yang lain June dan Ainil (KL) - kiri dan kanan gambar..Farah (baju biru + mustard) mai jauh dari Penang dengan suami..terbaik la Nuffnang dapat menyatukan kami di sini
Mengabadikan kenangan di port yang terakhir di sini...:) layannn je la...


Penutup cerita hari ni...

Dengan harapan..dapat terus mengetuk keyboard ni :)



Sofu Hashim
1 Zulkaedah 1435H

August 21, 2014

NNRaya Open House 2014

Assalamualaikum...

Bunga-bunga mekar di taman hati amboi fefeling habis.....tengok bawah ni...:)

Saja-saja join kat Instagram untuk dapatkan jemputan NNRaya 2014 dari Nuffnang ni...tak sangka dapat juga walaupun baru saja berjinak-jinak dengan Nuffnang...

Inbox baru saja dibuka pagi semalam (walaupun dalam hati 90% rasa tak de harapan la nak dapat sebab mesti ramai blogger-blogger yang otai-otai dapat jemputan ni baki 10% je harapan BERJAYA untuk dapat jemputan)...bak kata pepatah...kalau dah rezeki memang tak kemana la kan...

Cuba tengok tarikh email wah....memang best la Nuffnang 17/8 tarikh akhir peraduan 18/8 jemputan dah keluar...terbaik la...

Terus rasa nak terbang je dalam pejabat lepas baca email...baca sampai 3 ke 4 kali juga la...kot-kot salah baca kan..(sambil tenyeh2 biji mata biar clear skit pandangannya) sahkan apa yang dibaca tu benar-benar bukan hanya khayalan...:)

Macam-macam aktiviti yg Nuffnang dah sediakan untuk semua tetamu...debar-debar pun ada gak nih...yelah kan pertama kali dengan acara Nuffnang dan nak jumpa blogger-blogger yang terkenal..yg pasti harus bergambar dengan mereka 

Nak tau apa yg terjadi nanti meh follow Instagram saya @sofunsaipul nak buat live update Sabtu ni...tu pun kalau sempat...kalau dok ralit dengan aktiviti dan tak sempat update minta ampun dan maaf ya semua...


Sofu Hashim

25 Syawal 1435H




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78