July 11, 2014

Tidak Miskin Kalau Bersedekah



Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-ramadhan-bulan-berkat-hijjaz.html#ixzz377pT2R5A

Dalam bait-bait lagu Hijaz ini sudah menceritakan keseluruhan manafaat yang diterima untuk amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan ini.

"Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa"

Tidak kira sikit atau banyak sedekah, yang penting ikhlas dalam memberi. Kadang-kadang yang berian yang sedikit lagi berkatkan. Ingat kata Geng 'Istana Menanti' (geng whatsapp) : 

"Tak Miskin Pun Kita Ni Kalau Menderma"
"Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima"



Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-



1.Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.



2.Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).



3.Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.



4.Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.



5.Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim