Belangsukawa Pakcik Mohd Salleh Hj Samsuri
..Assalamualaikum buat Semua..
Semalam seharian berada di Taman Damai Parit Buntar.
16/9 /14
Paginya sempat wish selamat hari jadi pada pakcik di facebook.
Melihat status Shikin (anak ke 2 pakcik) buat hati tersentak tapi masih lagi positif InshaAllah okey saja.
Sambil menunjuk gambar pakcik yg sedang berada di wad kecemasan pada abang.
17/9/14
Selepas solat subuh lihat lagi status Shikin dan tertulis 'abah tenat' dan maklum pada abang keadaan pakcik. Masih lagi berdoa moga semuanya selamat.
Siap sedia ke pejabat. Jalan menuju ke tol Bukit Jelutong sangat sesak dan tergerak hati untuk whatsapp Shikin bertanyakan keadaan abahnya. Balasan yg diterima amat-amat mengejutkan. 'Abah dah tak ada along'.
Terus jadi tidak keruan dalam kereta masa tu. Terus call abang maklumkan berita yg dianggap pemergian yang drastik.
Keputusan dibuat kami akan pulang menziarahi pakcik buat kali terakhir. Terasa ralat kerana tidak sempat singgah beraya di rumah pakcik ketika Aidilfitri yg lepas. Kali terakhir bertemu Aidilfitri 2013.
Rezeki kami utk menatap wajah pakcil buat kali terakhir kerana jenazah disemadikan selepas solat Asar. Ramai saudara mara dan rakan sejawat, jiran tertangga yg hadir tidak putus-putus setibanya beliau di rumah buat kali terakhir.
Buat Noraini, Noraishikin , Huda, Irsyadi, Saidah, Asyraf dan Hakimi...betapa kuatnya anda semua.
Arwah selamat dikebumikan di kg kelahirannya di Parit Tok Ngah pada jam 6ptg. Moga pakcik tenang bertemu Penciptanya.
Arwah baru sahaja menyambut kelahiran yang ke 57thn pada 16/9/2014 rupanya.
Tinggal kenangan...
Salam takziah...
ReplyDeleteAl-Fatihah..semoga arwah tenang di sana..takziah ya..
ReplyDeletesalam takziah.. al fatihah..
ReplyDeletesalam jumaat k.sofu,
ReplyDeletetakziah pada keluarga arwah, innalillah..
al-fatihah
innalillah..
ReplyDelete