September 25, 2014

Pusing-Pusing Bali - Bhg 1

..Assalamualaikum buat Semua..

Entry balik belakang..

Abg : "Department abg dapat gi Bali"
Saya : "Best tu gi Bali..nak ikut (sambil senyum2 manja)
Abg : "Rasa semua gi single tak de yg couple..tapi nanti abg check tengok"
Saya : Berdoa dlm hati je mudah-mudahan dapat follow

Akhirnya...dapat juga sama-sama terbang ke Bali (rasa takut tu ada sebab lepas tragedi MH370 kan)
Berkumpul di Cyberjaya sebelum bergerak ke KLIA..posing 1 kali :)
Terima kasih pada Syed Faizal - patut jadi ketua rombongan tapi dia tak pergi jadi menghantar kami di KLIA je  
Ahli rombongan kali ini...anak-anak memang tak pergi sebab sekolah jadi ummi dengan abah je yang pusing-pusing Bali kali ini.
Yang ni terbaik sporting habis pemain terbaik Malaysia ni...Safee Sali
Pasukan Harimau Malaya masa tu tengah tunggu untuk berlepas ke Singapura
Sempat snap gambar Kapten...jadilah..tapi tak dapat snap pic Mahali Jasuli..
Sebab dah dia dah masuk awal
Sorry abang kena tunggu saya ...semua alatan yang berasaskan besi perlu dibuka/dikeluarkan dari beg dan letak dalam converyor masa time pemeriksaan akhir sebelum naik pesawat...tapi saya lambat sebab kasut saya juga jadi mangsa naik converyor bila periksa badan tak de apa2..
Gambar dalam pesawat semua agak bosan sebab menunggu dalam pesawat je sebabnya...

Penerbangan yg sepatutnya mengambil masa 2.5jam bertambah menjadi 4.5jam sebab pesawat tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar Bali. Dijadualkan tiba di Denpasar 3.30ptg tapi setelah berlegar di udara selama 20min juruterbang maklumkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Surabaya disebabkan lapangan terbang Denpasar di tutup selama 2 jam kerana ada kecemasan.

Jadi pesawat terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Juanda Surabaya sambil mengisi semula minyak dan penumpang perlu berada di dalam pesawat sahaja.Lepas dapat kelulusan lapangan terbang denpasar telah dibuka pesawat terbang semula ke Denpasar dari Surabaya yg mengambil masa 40min. Sampai di Ngurah Rai bayangkan la semua pesawat yg patut tiba awal atau saing2 masa kami tiba dalam tempoh masa yg sama dah pasti la urusan imigresen juga lambat...oooohhh tidak perut sudah lapar...
Akhirnya ...Selamat Datang Di Bali - Bandar Udara Bersih dan Rapi
Posing lagi 1 kali..:)
Disebabkan kelewatan tiba semua program petang dan malam telah berubah
Makan di Jimbaran patut hari 2 sebab boleh tengoh matahari terbenam ni sampai tengah malam memang dengar air laut je la sambil mamam..(abg kena gi lagi la ni..)
Bumbu Bali Cafe..makan malam pertama di Bali
Menu BBQ set di Jimbaran..sambal sangat sedapppp
Tiba di hotel jam 10.30malam..proses check in ambil masa juga nasib dapat minum dan tuala basah untuk segarkan muka yang memang dah layu nak cari  bantal je masa nih..
Jam 11.30mlm baru bertemu katil dan dapat la regang-regangkan pinggang....ok Pusing-pusing Bali bermula esok seawal 7.30pagi ya.


Bersambung.......
 

9 comments:

  1. wah bestnya dapat pegi Bali.. huhuu..

    Jom singgah sini plak.. http://aienlieyrusli.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket AA tengah promo boleh la grab satu ke dua seat ke Bali :)

      Delete
  2. Replies
    1. Cik Fafa...AA tgh murah boleh book cepat gi sana juga ya..:)

      Delete
  3. Wah...jeles lak kathy ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tgk sambungan ke 2 dan 3 ya kathy :) kasi tambah jeles..terus book tiket AA yg tgh promo tu hehehe

      Delete
  4. Farah mmg suka Bali.. kalau ada rezeki mmg nak pergi lagi buat kali-3..hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim