October 23, 2014

Peringatan dari KWSP

..Assalamualaikum Semua..




Terbaca status dari page KWSP.

Jadi kepada pencarum-pencarum KWSP sekalian jagalah hak anda sebaik-baiknya.

Peringatan sudah dikeluarkan untuk makluman semua pihak


KWSP Ingatkan Ahli Tidak Guna Khidmat Pihak Ketiga Untuk Keluarkan Simpanan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya tidak menggunakan perkhidmatan pengeluaran simpanan KWSP yang ditawarkan oleh pihak ketiga seperti yang diiklankan di beberapa laman web. KWSP ingin menjelaskan KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan permohonan pengeluaran ahli.

Ahli yang layak serta ingin membuat permohonan pengeluaran daripada akaun KWSP mereka dinasihati agar berurusan terus dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. KWSP juga ingin mengingatkan ahli, terutama mereka yang terdesak memerlukan wang, agar berhati-hati terhadap sindiket yang kononnya menawarkan bantuan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan dikenakan bayaran yang tinggi. Ahli juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika cuba mengeluarkan simpanan secara tidak sah.


Ahli boleh melaporkan sebarang kegiatan atau percubaan menipu dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.

Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kuala Lumpur
Tarikh : 23 Oktober 2014

10 comments:

  1. mjr la sy xde akaun kwsp hehe..pencen je trs

    ReplyDelete
  2. Good info ni Sofu...thanks a lot...banyak tau ejen2 bank sekarang ni guna teknik caruman KWSP katanya...sah ia tidak sah.

    ReplyDelete
  3. pernah jumpak kat group fb ni, ada yang dok jadi orang ketiga ni la untuk keluarkan duit kwsp. tengok pun macam was2 ja.

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing kak sofu... ishh mcm2 org nk bt jaat ni kan

    ReplyDelete
  5. alamak.. tak penah nak abik tahu pun pasal ni kak.. hihi..

    ReplyDelete
  6. THANKS SOFU ATAS PENCERAHAN INI ..tak tahu pon sebenarnya pasal ni huhuhu...Singgah sini baru tahu ..Tq

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim