January 21, 2015

Zumba Grand Finale - 3 Saka

..Assalamualaikum Semua..

Didoakan pada semua blogger yang singgah sini sihat-sihat hendaknya...

Memenuhi permintaan Suhaila Hamid cerita pasal Zumba event

Kronologi :

Mula aerobik di Studio - 2010
Mula ber Zumba - 2012
3 SAKA - 2014

Mesti tertanya-tanya kan apa la yang 3 SAKA tu..
Turun saka ke apa nih...

Meh nak terang dulu maksud 3 SAKA untuk elak kekeliruan anda :)

S ~ Sihat
A ~ Aktif
K ~ Ketrampilan
A ~ Anggun

ZIN yang mengajar bukan calang-calang ya kita ada 
Zin Shah Bariah, Zin Aliez Jazam dan Zin Ramizah...
yang best sebab 3 SAKA khusus untuk WANITA sahaja

Mula dari awal tahun lagi 3 Saka ini bergerak dan Sofu pernah
sertai yang dekat dewan di TTDI

Dan untuk penutup 2014 mereka anjurkan 
3 SAKA Zumba Grand Finale @ Stadium Melawati Shah Alam 
masa cuti Krismas (cuti di Johor pun dipendekkan sebab dah tempah tiket 
ke sini sebelum ke Johor)

Jom layan gambar-gambar dibawah...
harap tak de yang muntah tengok gambar-gambar ni :)

Sebelum ke stadium isi perut dulu ya...
Ni antara geng Rafflesia studio yang join 3 SAKA
(awat muka lebaq sangat tu Sofu)

Tiba di stadium apalagi posing dulu sebelum mula dengan
Nadia Rahim (baju hitam sebelah Sofu)
dulu dia buat aerobik juga
tapi kini sudah bergelar instructor 

Kami lagi..:) 

dengan Nadia

Zainiyati a.k.a jiran selang sebuah rumah
Terjebak dengan aerobik juga lepas kena racun dengan Sofu
hahahahaha...

Sebagai kenang-kenangan 

Sebelah Sofu Instructor a.k.a tuan punya studio Rafflesia yang Sofu selalu 
lepaskan tension/stress kerja..
Azleen Ibrahim...40++ tau umur dia
yang bawah berdua tu...Ayu n Ami...
ni geng Sofu kecoh kat Studio

Disini kumula kenal aerobik :)

Ahli-ahli 3 SAKA dari seluruh pelusuk daerah :)
Yang tak datang geng dari Kelantan sebab banjir time tu


Kenangan 3 SAKA 2014

Rafflesia Buddies dengan Zin Ramizah (atas) & Zin Aliez (bwh)

Gini la kalau dapat bergambar :)
Tapi tak cukup korum tu ada yang dah balik


Lepas penat apa lagi...isi perut lagi...1.5jam berzumba perut dah kosong balik ni

Nasi Goreng Ayam - reward diri sendiri :)

Posing lagi lepas kekeyangan....

Kami suka senam, kami suka makan dan kami suka wefieeee :)


Ok dah abis citer...:)

3 SAKA 2015 dengar nya akan ada lagi..kalau ada nanti Sofu kemaskini di blog ya
Untuk permulaan sesiapa yang nak cuba Zumba dengan Zin 3 SAKA boleh
sertai sesi Zumba dekat Karangkraf 1 Februari 2015 mulai jam 8.30pagi - 10.00pagi

11 comments:

  1. Wow wow geng2 SAKA semuanya nampak cantik dan awet muda la...

    Mmg bagus ZUMBA ni, menari sambil exercise. Boleh release stress jugak kan kak..

    Teringinnya nk join yg bln feb tu..kalo hubby ok insyaAllah sue join.

    Tq kak sofu karang entry khas dkt sue..muah ciked ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun kalori pun banyak bakar kalau zumba nih.
      ajak hubby sekali excercise kalau open tu ZIN semua bertudung
      ada rezeki boleh jumpa kt sana Sue

      Delete
  2. wah, bestnya kak sofu berzumba..aktiviti sihat tu..

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya zumba.. dah lama tak zumba... kena aktif balik la cmni ^_^

    ReplyDelete
  4. wah best nyer berzumba. like too but selalu xd masa nak ke fitness tuk join..

    ReplyDelete
  5. salams sofu, baru sempat dtg sini...meriahnya zumba:) best2..

    ReplyDelete
  6. wow bestnyaaaa Kak Sofu..
    suka jugak zumba n lama gila x buat.. setahun ada kot.. slalu gi gym prempuan kat bangi..
    suka sbb dapat jejoget =P

    ReplyDelete
  7. nasib baik explain sbb mula2 tu mmg dah salah anggap...pehal lak saka2 ni hhahaah

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim