July 01, 2015

Bersenam Di Bulan Ramadhan

..Assalamualaikum Semua..


Jun meninggalkan jejak
Julai masuk mengambil tapak



Sepanjang Ramadhan studio aerobik yang selalu Sofu kunjungi masih
beroperasi cumanya kelas hanya diwaktu petang mulai jam 3.30ptg - 4.30ptg
setiap hari termasuk hari Sabtu.

Macam mana dengan rakan-rakan semua bersenam juga kah di bulan Ramadhan ni?

Untuk tahun ini pertama kali Sofu dapat sertai geng aerobik sebab kelas
dibuat juga pada hari Sabtu waktu yang sama. Bestnyaaaaaa
Jadi dapat juga la bersenam sebab hari biasa tak sempat nak sertai mereka sebab
sampai rumah sudah jam 5.00ptg kelas pun sudah selesai.

Pengalaman Sofu aerobik pada Sabtu pertama Ramadhan
Asalnya tak nak ke kelas sebabnya satu famili terlajak tidor dan tidak bersahur.
Abang pun macam tak galakkan je untuk pergi katanya takut nanti letih + penat.
Tapi ikut nasihat sifu Azleen a.k.a Instructor aerobik
"ok..je Sofu tak penat pun kelas ini..kita tak lompat2 pun..buat takat mampu je"

Apa yang dibuat semasa kelas?
 1. Timbang berat :) - nak tengok lepas kelas ada penurunan ke tidak 
2. Ambil ukur lilit pinggang, pinggul dan peha semua

Ni sampingan je ya..belum mula kelas lagi..hehehe atas inisiatif sifu Leen
boleh keep track student2 yang datang sepanjang Ramadhan ni

Kelas bermula
1. Line dance 15mint - warming up tanpa ada step lompat2 pun
2. Sesi atas floor mat - ala2 yoga sikit 30minit
3. Penutup - Cooling down 15minit

Hasilnya
1. Tiada rasa dahaga (sikit aja tapi masih ok)
2. Tiada rasa lapar ( walaupun tidak bersahur - perut tak de bunyi2 :)
3. Badan rasa segar - memasak dengan riang ria
4. Dapat habiskan rutin 1 jam dengan selesa dan peluh keluar la juga
4. Yang last paling best - berat turun 200gram hehehe ada geng yg sampai 600gram

Kata sifu Leen...sebelum berbuka elok buat senaman yang ringan2 ini
sebabnya perut tengah kosong jadi cepat sikit dia membakar.
Siapa yang nak kempis kan perut masa-masa begini la best buat senaman perut
cepat je rasa kempisnya...buka puasa jangan la balun banyak sangat hehehe
Untuk yang berat macam ke gym elok la dibuat selepas tarawih.

Jadi sepanjang 2 minggu Ramadhan sudah 2 kelas Sabtu Sofu sertai
dan 1 kelas yoga baru sahaja sertai minggu lepas setiap Ahad pagi
pun tidak terasa dahaga dan peluh tetap keluar.

Bila badan sihat dan cergas...
Tarawih pasti dapat dipenuhi lagi-lagi minggu akhir ini
Malam ini sudah masuh tarawih malam 15 kan...
Apa lagi rebut jangan tak rebut pahala yang berganda-ganda ini
Untung-untung dapat malam seribu bulan...Lailatul Qadar kan
bertuah la badan...:)

Jumpa lagi...






9 comments:

  1. Salaam pagi. Senaman bagus utk lancarkan perjalanan darah kita..šŸ˜Š

    ReplyDelete
  2. wah kak sofu kak sofu, tahniah dapat turunkan berat badan. penimbang dkt umah sue rosak pulak. tp bln puasa mkn kurang, byk minum air je :)

    ReplyDelete
  3. aida join gak dulu.
    but weekdays, tu yg lemah skit.
    sejak pindah seremban ni, tak join dah :)
    best betul aerobik ni.
    nanti after raya nak survey kat seremban plak.

    ReplyDelete
  4. wah dah erobik pun tak rasa dahaga ye, bagus, boleh bersenam selalu bulan puasa ni ... kalau sy la, berpeluh nak rak (banyak sgt lemak) ;)

    ReplyDelete
  5. woah rajinnya Kak Sofu ??? hahaha.. kalo CT xleh la.. comel la p kelas erobik..

    ReplyDelete
  6. Wah!!rajinya dia.. Sha senam kat rumah jer.. tu pun bila teringat.. Boleh gitu.. :)

    ReplyDelete
  7. x de alasan utk tidak bersenam di bulan puasa kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim