September 19, 2014

Renungan Petang Jumaat

..Assalamualaikum buat Semua..

Perkongsian dari sahabat di whatsapp petang ini :

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kaju. Secara tidak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamny mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali. Serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat. Ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terkahirnya utnuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati disitu.

Di saat beremosi dan marah. Rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi S.a.w yang bermaksud " Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah "
(HR Bukhari & Muslim)

5 comments:

  1. sangat menarik kisah ular, buat peringatan diri ini..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Ingatan utk diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita ingat meningati..:) sharing is caring kan..

      Delete
  3. Sesuatu yang bermula dengan rasa marah akan diakhiri dengan rasa malu :)
    Blogwalking sini :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78