February 26, 2015

Al-Fatihah - Aiman Danial

..Assalamualaikum Semua..

Bangun pagi terus capai handphone sebab nak tengok FB SU (fb taman yang Sofu duduk sekarang)
Hanya untuk melihat berita terkini berkenaan adik Aiman Danial yang tidak pulang 
ke rumah lepas habis Koku jam 5.30ptg. Posting di FB berkaitan kehilangan beliau
Sofu baca lepas Maghrib sebab ada yang minta di viralkan perkara tersebut.

Niat ke FB bertukar ke Whatsapp sebab banyak sangat masuknya 
Luluh rasa hati bila lihat berita terkini...

Aiman Danial telah disahkan lemas dan dijumpai oleh pihak bomba pada jam
2.00 pagi ini. Banyak versi cerita berkenaan kejadian. Biarla keluarga sahaja
yang tahu kebenarannya.

Walaupun arwah tidak dikenali tapi naluri seorang ibu macam kita harus rasa
syahdu dan terharu..kalau la terjadi pada anak sendiri bagaimana Sofu 
hendak menghadapi situasi yang begini.

Arwah anak bongsu dari 2 beradik. Tahun 5 di SK Saujana Utama. 
Bila di tanya pada anak Sofu yang no. 3 dia tidak mengenali tapi ada rakan kelasnya
yang mengenali arwah.

Situasi begini terus teringat pada anak lelaki Sofu yang tunggal tu.
Walaupun sudah besar ingatan dan pesanan mesti dibibir setiap pagi Sofu keluar kerja.

Whatsapp yang diterima dari jiran yang ziarah arwah 

"Baru lepas solat jenazah...jenazah dah dibawa ke tanah perkuburan..tabah betul mak dia
Anak dia 2 org je...yg ni yg bongsu."

"Sempat tengok wajah ahli syurga, tenang & x bengkak pun walaupun lama kat dalam air..
alfatihah...dia tunggu mak ayah dia kt syurga nanti InsyaAllah"

Adik Aiman Danial yang duduk.

Moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman
Tenangla kamu di sana...Amin

14 comments:

  1. alfatihah..
    takziah utk keluarga arwah..
    ='(

    ReplyDelete
  2. al-fatihah untuk adik Aiman Danial
    minggu lepas juga adik Adam Mukriz (7 tahun) lemas kat Pahang . semoga ahli syurga ini damai di sisiNya . lately ramai anak-anak yang lemas , minta ibu bapa tolong perhatikan dimana anak -anak berada supaya dapat dielakkan musibah ini.

    ReplyDelete
  3. Innalillah... Semoga arwah ditempat dalam kalangan orang beriman.. Aminn :")

    ReplyDelete
  4. Al fatihah...ya Allah sebaknya...kita sbg mak mmg x lekang dr pesan kat anak2 utk jaga diri baik2..takziah untuk keluarga arwah..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah...
    salam takziah buat keluarganya...

    http://jmbelog.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. al-fatihah dan takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
  7. al fatihah...
    salam takziah buat keluarga

    ReplyDelete
  8. Al fatihah. Begitu tabah emak dia, saya belum tentu boleh hadapi keadaan gini. Salam takziah untuk keluarga arwah.

    ReplyDelete
  9. takziah untuk keluarga huurm..
    betul tu kak.. macam mana pun hati mak mmg takleh nak lawan lah..
    ada saja instinct nya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78