February 12, 2015

Hadiah Giveaway Postcard by Sally

..Assalamualaikum Semua..

Petang balik kerja tengok peti surat ada sampul ya..nama ku disitu hehehe
Haissshh...yang ditunggu sudah tiba ka...

Lepas diumum sebagai pemenang kat blog Sally menunggu-nunggu je
ketibaan poskad ini. 

Bila buka...taraaaaaa

Dalam suka hati tertanya-tanya...awat la kasi France bukan GA kata poskad Korea
Alkisah...bila up di IG baru ku tahu memang wujud Petite France di Korea
Terima kasih pada Anilwanina :)

Maaf Sally tak sempat baca habis lagi travelog awak ke Korea nanti akak usha balik ya

Meh sapa nak baca kisah lanjut Petite France klik sini... .

Terima kasih Sally buat GA...

Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia...

..Assalamualaikum Semua..

Benar sungguh bidalan orang tua-tua

Tuah Ayam Nampak di Kaki Tuah Manusia Siapa Yang Tahu

james-robertson
DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).

“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.

Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.

Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78