Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

December 01, 2014

Terima Kasih November & Selamat Datang Disember

..Assalamualaikum Semua..


Terima kasih November rasanya banyak perkara yang terjadi di bulan November bagi Sofu
antaranya banyak menang GA hehehe, CPUV yang menyinggah, anak2 kembali berkumpul
di rumah dan dipenghujung November ke 'bomb' dengan mummy baru mama Firash a.k.a Ayu

Dan tak lupa pada rakan-rakan yang sudi singgah dan tinggalkan komen di sini
Sofu sangat-sangat menghargainya..


Nampak tak nama siapa diatas tu...nanti nak buat entry khas untuk dia hehehe


Selamat datang Disember


Tiba juga bulan yang terkahir dalam kalender 2014. Pasti bulan ini rakan-rakan
semua sibuk memenuhi jemputan kahwin...Sofu dan mula dah :) 
melayan kerenah anak-anak di rumah, bermalas-malasan dengan mereka, 
ingat nak dating sorang-sorang dengan anak-anak ni la ok gak tu kan.

Bercuti-cutian masih dalam perancangan sebab abang sangat-sangat
kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat dan kemungkinan minggu ke 3 baru dapat
bercuti dengan anak-anak tanpa sebarang gangguan (boleh caya ke tu hehehe)


Apapun...di doakan semoga semua perancangan Sofu dan rakan-rakan akan dipermudahkan..
InshaaAllah

November 12, 2014

Pusing-Pusing Bali 4 - Tanah Lot & Pura Taman Ayun

..Assalamualaikum Semua..

Usha-usha draf entri ternampak tajuk ini...alaaaaa...ni part last lupa pula nak up hari tu

Hari terakhir sebelum berangkat balik ke Malaysia pastinya tempat ni mesti
menjadi kunjungan pelancong yang melancong ke Bali.

Tanah Lot

Kata tour guide kami...kalau hendak membeli cenderamata disini la tempatnya
Ada lebih kurang 400 kedai di sepanjang jalan menuju ke tanah lot

Tiket perlu untuk masuk hehehe


Pintu gerbang 

Pura = Kuil

Salah satu pura yang terdapat di sini..kalau air tidak pasang kami boleh ke kawasan ini.

Pura yang sama dari jarak jauh..

Gambar kumpulan harus ada...matahari tengah panas lit-lit masa ni..:)







Disini cantik juga pemandangannya




Mengabadikan kenangan kami berdua chewahhh...:)

Sebahagian daripada deretan kedai yang ada...jenuh keluar masuk kedai kami berdua

Sebahagian daripada ahli rombongan yang selesai pusing-pusing dan beli belah..

Pura Taman Aman

Sepatutnya kami ke Ubud selepas ke Tanah Lot tapi disebabkan keadaan jalan yang sangat
macet dan jadual kami yang agak padat menghalang kami untuk sampai ke Ubud. 
Dan kami terpaksa menandatangani surat pengakuan mengubah jadual oleh tour guide takut
dia kena marah pandai-pandai tukar jadual kan..:)

Akhirnya kami tiba di sini pula..(tak termasuk dalam jadual wisata ini)

Suka betul tengok langit yang biru ini




Jadi berkahir lah sudah entri pusing-pusing bali Sofu & suami :)

Terima kasih pada yang sudi membaca/singgah sini :)

Entri pusing-pusing Bali yang lepas



October 27, 2014

Pusing-pusing Bali 3 - Makan-Makan

..Assalamualaikum Semua..

Ni nak sambung cerita pusing-pusing Bali untuk tempat makan di sana
Bolehla mencuba makanan Sunda di Restoran Pawon Pasundan
Set makan malam kami..yg dalam daun pisang tu nasi wangi sangat bila dibuka
Tempe, Tauhu, Ayam Goreng, Ikan Masin, Ulam dan Sup

Guramee Goreng Garing....sangat sedap makan dalam raga tu tau

Cincau Bali Style

Maklumat Restoran :)

Malam seterusnya kami merasa masakan Minang pula
Yang paling terkenal di sini adalah Restoran Natrabu
Habis makan-makan apa lagi posing-posing la
Kawasan ini memang disediakan untuk para pengunjung yang datang
Bergambar kenang-kenangan - Pelamin Minang Style

Pelamin yang sudah tersedia :)

Jadila buat kenang-kenangan..

Madu 5 hehehe...

Sweet Couple :)

Entri  Bali akan sampai ke penghujung tinggal lagi 1 je entri lagi

Kalu sudi boleh la jenguk-jenguk entri yang terdahulu dibawah


October 15, 2014

Pusing-pusing Bali Bhg 2-2

..Assalamualaikum Semua..
Petang-petang ni Sofu nak sambung kisah ke Bali lagi :)

Jangan bosan ya...nak berkongsi tempat yang menarik di pandangan mataku


Kami ke Kintamani selepas pusing-pusing toko batik, Rumah Polo & toko perak
Turun bas je terasa sejuk menjengah di pipi...kawasan tanah tinggi restoran kami tengahari ini.

Halal restoran ya...100% jadi kalu anda ke Kintamani jangan lupa singgah menjamu selera di sini


Meja sudah tersedia apa lagi...apalagi jom cop tempat..hehehe..


Pasangan yg dah lama kahwin (kami la tu) dan pasangan yang baru kahwin
Dah dalam bas baru abang bercerita

A : Masa Yang (panggilan sidia pd Sofu) gi amik makanan tadi depa tanya abg, 
baru kahwin ke?, 
S : Haaa...depa tak tau ke kita dah lama kahwin
A : Tu la abg  cakap dah lama dah anak dah 4 orang pun, depa tak percaya sebabnya........scene suapan dari abang tadi la. 
Depa kata romantik macam baru kahwin ja main suap-suap
S : hehehehhehe....gitu pula 

Memang ada scene abgku menyuap sesudu nasi dia sebab Sofu tak makan nasi layan pecal aje. Takkan nak malu2 pula dan biarkan abg saya tak di layan kan jadi Sofu buka je la mulut hehehe.

Abg memang jenis tak berapa nak romantik tetapi sesekali datang angin dia nak buat macam tu dia buat je..so Sofu layannnnn...



Gunung Kintamani..tak sempat nak tengok sebab awan sudah mula menutupi kawasan puncak gunung ini. Memang rintik-rintik hujan sudah mula turun tika kami mula bergerak ke bas



Tapi masih sempat klik gambar kenangan berdua lagi..:) 



Turun kebawah sikit sampai satu kawasan nama tak ingat perut dah kenyang baru nak layan lenggok-lenggok dalam bas dah kena turun...

Foto kumpulan mesti ada juga :)


Cinta hati Sofu selamanya..



Berdua lagi...:)



Singgah di Segera Windu tempat cenderamata...
Comel-comel aje barangan di sini sempat rembat beberapa helai Tshirt di sini



Tapi abang sayang sempat layan durian ....
Errrr....Yang tak payah makan la...tak sedap ...keras sikit :)



Turun dari Kintamani singgah di Tirtha Empul Tampaksirin

Tempat wisata ini adalah tempat yg ada mata air bagi kaum Hindu menyucikan diri kalau ikut cerita tour guide kami. Kami memang dibawa masuk ke dalam untuk melihat kawasan sekitar jadi ramai yang mandi opppssss....berkemban aje depa jadi Sofu tak kongsi disini


Rumah di atas bukit bersebelahan dengan tempat ini dikatakan tempat tinggal Sukarno sebelum ini.


Foto kumpulan lagi...:) tali pinggang kuning wajib dipakai sebelum masuk ke kawasan ini


Awas ya...jaga-jaga anda semua diperhatikan..:)



Selesai pusing-pusing Tampaksiring kami hanya lalu di kawasan padi bukit yang dikenali sebagai Tegalalang

Tour guide asyik bercerita 2-3 kali yang tempat ini la Julia Robert dok berlari-lari masa shooting di sini. :)


Tempat terakhir untuk kami hari ini sebelum isi perut makan malam dan ber SPA ya..
Disini sesi memanjakan diri memang ada 2 kali sepatutnya 3 tetapi disebabkan kelewatan tiba pada hari pertama hilang 1 hari :)



Hardrock Cafe ni tak jauh dengan  hotel yang kami menginap...
Dapat la sehelai dua tshirt disini. 

Kalau di Kuta ni jam 11mlm kedai semua sudah tutup kecuali HardRock je masih ramai pengunjung dan peminat tegar berkeliaran disitu..

Di pantai Kuta juga begitu...tapi nak nampak apa malam-malam gelap gelita tu kan..
Balik hotel tidor je la jawabnya..

Entri untuk tempat makan Sofu akan buat asing sebab tempat makan yang best :)


Klik
Pusing-Pusing Bali Bhg 1
Pusing-Pusing Bali Bhg 2-1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78