Ahmad berkata, anak sulungnya itu melambai ke arahnya selepas diturunkan bersama dua adiknya di rumah datuk mereka di Taman Medan jam 9 pagi semalam, namun dia yang sedang berkejar untuk ke pejabat di Cyberjaya tidak memberhentikan kenderaan.
“Itulah kekesalan paling berat untuk saya telan kerana beberapa jam selepas itu saya menerima berita kematiannya... rupa-rupanya itu lambaian terakhirnya,” kata Ahmad yang tidak dapat menahan air mata ketika ditemui di rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.
Beliau berkata, Anis dan dua adiknya berusia 11 dan enam tahun selalunya akan bersalam dengannya ketika ditinggalkan di rumah datuk mereka yang terletak berhampiran dengan sekolah.
Ahmad yang terkilan kerana tidak bersalam seperti selalu berkata beliau sentiasa terbayang-bayang lambaian terakhir anaknya itu sebaik diberitahu mengenai kematiannya.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di Jalan PJS 1, Jalan Klang Lama di sini, Anis meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada beberapa bahagian badan termasuk kepala.
Ketua Trafik Petaling Jaya, Deputi Superintendan Wong Siw Chooh, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa yang bersekolah sesi petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan bersama seorang rakan membeli ais krim di tepi jalan itu.
“Siasatan awal mendapati mangsa tercampak beberapa meter ke tepi jalan selepas dilanggar dan pemandu lori berusia dalam lingkungan 30-an memecut kenderaannya untuk melarikan diri.
“Bagaimanapun, lori itu memasuki jalan mati dan pemandunya meninggalkan kenderaan berkenaan di situ sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, polis sudah membawa lori itu ke balai polis untuk siasatan dan pemandunya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya jam 4.30 petang semalam."
Semalam gi ziarah officemate Ain...mmg masa on the way tu lalu di tmpat kejadian..cumanya mayat dh x de..hanya tompokan darah aje yg tinggal..mangsa masa tu kami x ketahui umur & jantina..
Sedang sedap2 mnjamah mkn tghari di rmh Ain...kak ipar dia masuk dgn muka yg mcm bru lepas nangis je..kata ngan MIL Ain yg dia nk gi ziarah bdk meninggal xcident kt dpan tu..ooo...sah yg mninggal tu bdk skul la...tp kisah kak ipar Ain..bdk tu nk tolong selamatkan bdk lain last2 dia yg kena...biasa la versi musti mcm2 kan..tp yg lebih tau hnya keluarga arwah sahaja..
Al-Fatihan tuk adik Anis & Takziah tuk family arwah..
sofu,
ReplyDeletei've a dedication song for you... check out my blog.