August 31, 2014

Merdeka....Merdeka....Merdeka

Assalamualaikuam

Pagi-pagi ni nak buat ucapan khas untuk Negara ku tercinta..

WAJIB la cinta kan..lahir, bersekolah, membesar, bekerja, berkahwin, berkeluarga & berumah tangga di sini


Tengok pada tema tahun ini terus teringat dengan Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, lagu WARISAN akan yang sentiasa berkumandang bila tiba bulan Kemerdekaan ini.

Kalau masa saya kecil dahulu, pagi-pagi dah tercongok depan TV nak tengok acara perbarisan. Dalam banyak2 kontingen yang sertai perbarisan pasti kontingen Mini Parlimen yang ditunggu2. Segak saja adik-adik tu beruniform ahli parlimen dengan diketuai oleh Pakcik Jamal :) program Mini Parlimen lepas habis siaran langsung perbarisan ini pun sentiasa ditunggu..ok saya tersenyum sendiri sekarang bila teringat kembali nih


Sekarang masih lagi menonton dari TV alahai entah bila la berpeluang tengok secara langsung disana :) (kata cinta Negara kan tapi haram jejak kami ke sana) belum ada rezeki la tu.

Zaman pun dah berubah kan...saya rasa sambutan di sekolah-sekolah bila tiba bulan kemerdekaan ini sangat mengujakan saya berbanding masa saya bersekolah dahulu. Terlihat di status FB rakan-rakan guru yang menyambut dengan penuh kecintaan kepada Negara harus membuatkan anak-anak zaman ini teruja untuk kembali ke era 50-an kan.

Teringat masa pergi beraya minggu lepas di rumah sahabat, terdengan nyanyian lagu Warisan dari dalam van sekolah oleh anak-anak yang pulang dari sekolah dengan penuh semangat.


Semoga Malaysia terus maju dan berjaya. 

Jangan lupa titipkan doa selepas solat anda buat Negara agar sentiasa dalam aman dan damai dan dihindari dari segala sengketa atau perperangan.

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA



p/s : Berimpian juga untuk dapatkan anak Merdeka dalam keluarga tapi masih belum tercapai :)


Sofu Hashim
3 Zulkaedah 1435H

August 29, 2014

Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang indah buat semua 

Hari ni join Segmen ni pula..sesiapa yang nak join tu masih ada masa lagi cepat2 klik banner kat bawah ni ya...tak susah pun






Sofu Hashim
3 Zulkaedah 1435H

Nuffnang Raya 2014

Assalamualaikum

Nak juga buat entry pasal ni walaupun dapat merasai kemeriahan hanya seketika cuma (frust sebenarnya tak boleh duduk lama di situ)

Ucapan terima kasih yang tak terhingga pada :
- Nuffnang kerana menganjurkanmajlis ini
- Staff Nuffnang yang buat pemilihan pemenang
- Staff Nuffnang yang email jemputan
- Staff Nuffnang yang bertungkus lumus merialisasikan majlis ini

Alkisah saja-saja tanpa perasaan dan harapan menggunung untuk dapat jemputan kan..meh baca kat SINI  macam mana saya dapat jemputan ni.

23/8/2014 - hujan lebat mengiringi pemergian saya dan teman sepejabat saya Nur ke Wanaka Bunglow, Damansara dengan hati macam-macam perasaan ada tapi sebabkan nak merasai kemeriahan acara yang julung-julung kali Nuffnang adakan buat selamba je kan..rugi je kalau tak datang kan.

Mesti berdiri sini sebagai kenangan..:)


Sempat main congkak lagi (eksyen je tu..hihihi) sebenarnya banyak aktiviti disediakan pada tetamu yang hadir..tengok je la penajanya Ambi Pur, U Mobile & WowBooth...sangat-sangat happening la petang tu.

Congkak dan batu seremban ni area Ambi Pur harus wangi area ni asal blogger masuk je sembur pewangi Ambi Pur dan Febreze

Lepas bermain-main dan berwangi-wangi di sini singgah ke WoWPhotoBooth kat sini memang sangat-sangat happening kena Q di sini ya..

Hasil berposing-posing di sini : jadilah buat kenangan beraya dengan Nuffnang dari tak de kan..
Makan memang sedap masa sampai tu dah berbau kambing yang tengah bergolek2..time makan memang tuju yang itu la sebab menu lain belum ada :)...sos dia sangat awesome ya sebab sedap sampai gambar pun tak de ya sebab sibuk mencekik :)

Misi kena teruskan...sebenarnya saya teringin nak bergambar kenangan dengan blogger Fila Ibrahim pemilik blog KasihAleeya..wahh tercapai juga misi sebab dia pun ada disini siap masak lontong lagi kat sini..sebenarnya ramai lagi blogger terkenal yang singgah ke majlis ni tapi tak sempat untuk bergambar bersama (tuntutan keluarga perlu di dahulukan..abg dah whatsapp byk kali bila mau balik sebab nak gerak ke Penang pula sebelum Maghrib.. hehehe)
Dan yang penting dapat bertemu dan berkenalan dengan blogger yang lain June dan Ainil (KL) - kiri dan kanan gambar..Farah (baju biru + mustard) mai jauh dari Penang dengan suami..terbaik la Nuffnang dapat menyatukan kami di sini
Mengabadikan kenangan di port yang terakhir di sini...:) layannn je la...


Penutup cerita hari ni...

Dengan harapan..dapat terus mengetuk keyboard ni :)



Sofu Hashim
1 Zulkaedah 1435H

August 28, 2014

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Assalamualaikum...


Hari ni nak join Segmen lagi..:)

Mari..mari...mari...siapa lagi yang nak join sama klik je banner kat bawah ni ya..

Jangan malu-malu, jangan segan-segan...semudah ABC sahaja


Segmen Raya 2014 By Bella Din

Sofu Hashim
2 Zulkaedah 1435H

August 27, 2014

Wordless Wednesday


Sofu Hashim
1 Zulkaedah 1435H


Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon

Assalamualaikum

Pagi ni nak join Segmen lagi...macam best je baca tajuk Pink Ladies tu kan...harus la wanita dan merah jambu tidak boleh dipisahkan sinonim sangat kan...



Anda masih ada masa lagi 3 jam untuk sertai Segmen ni.. Klik cepat2 banner kat atas tu..mudah saja caranya


Sofu Hashim
1 Zulkaedah 1435H

August 26, 2014

Riang Ria Aidilfitri "Istana Menanti"

Assalamualaikum

Cerita ni tak boleh ditinggalkan..:)

Kali ni jamuan geng whatsapp pula..perkenalkan tuan rumah yang sudi rumahnya dijadikan tempat lepak dan gebang kami malam itu

Tuan Rumah a.k.a Ushawan Kek Terkenal Lynn Hassan
Chewy brownies yg sgt sedapp..salah satu menu kami hari tu
Menu kami : Soto, Lontong Darat, Ayam Masak Merah, Serunding Daging, Daging Dendeng...meleleh ayaq lioq semua
Yang ni istimewa sikit Rendang Campur dari Usahawan kek Terkenal Juga : Yatt's Lil Kitchen hanya rendang pengganti diri
Manisan kalau di rumah Sifu Lynn memang sangat sinonim
Tat buah, kek lapis, chewy brownies
Sebelum geng lain sampai ini 3 orang sibuk cop-cop buku untuk bacaan masa lapang
Entah  bila masa lapangnya pun tak pasti lagi..hehehe
Yang penting ambil dulu koleksi yang ada dari tuang punya yang bertudung hijau itu :)

Dalam hati taman sudah kembang bunga-bungaannya...
Semua senyum berjela sebab sudah dapat hasil tangkapan hihihi
Tengah tunggu giliran untuk buku Rindu Awak 200% nih

Antara koleksi yang dibawa malam tu 
Tudung Biru : Anak Sulung Saya (Maisarah)
Tudung Hitam : Anak Bongsu Kak Zawaliah ( Aleeya Zafeera)
Sekarang dah tingkatan 1 dulu pernah jadi rakan sekelas dan geng juga sampai sekarang masa cuti sekolah je dapat berjumpa sebab Maisarah di  Semashur sekarang ini.
Yang ni tetamu jauh dari Kota Bharu
Idamazuraini a.k.a E/Ie dan Hakim

Sesi paling best hehehe...sesi tapaw..termasuk juga dalam ni

2 orang dari ahli Istana tak hadir malam ni harapnya tahun depan dapat berkumpul semuanya

Sofu Hashim
30 Syawal 1435H





Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

Assalamualaikum

Bersegmen lagi hari ini...kali ni join Segmen Pencarian Bloglist dari blog Syaz Harzys Minme

Mudah aje cara tak susah mana..jom join sama-sama


 


Klik aje banner di atas nih...

Sofu Hashim
30 Syawal 1435H

Raya...Raya..Raya

Assalamualaikum


Ada 1 lagi entry akhir since hari ni last Syawal kan ....pasal gathering raya geng whatsapp pula..nanti petang2 sikit saya kemaskini ya..:)
Yang ni pun meriah walaupun ahli "Istana Menanti" tak ramai..:)


Sofu Hashim
30  Syawal 1435H

August 25, 2014

Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum

Join Segmen ini juga..


Sapa2 yang sudi meh cepat2 klik banner kat bawah ni ya...semudah 123 klik je :)



Blogger baru atau lama siapa2 saja boleh sertai segmen ini..
Jangan malu n jangan segan
Mengeratkan silatulrahim kan bagus...:)



Sofu Hashim
29 Syawal 1435H

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany

Assalamualaikum

Isnin yang ceria hendaknya pada semua rakan-rakan blogger di sana

Pagi ni usha comment nampak jemputan dari Jindrisska 

Uisssshhhh sapa tak nak kan hadiah mai dari jauh dari Germany tu..

Harapan setinggi gunung untuk jadi pemenang GA yang pertama kali oleh Jindrisska di abad ini..suka baca bab travelog kat blog ni..teruja tengok gambar2 yang di kongsi..nak pergi entah bila cukup budget nya kan..:)

Nak join senang je cepat2 klik Banner kat bawah ni dan follow syarat2 yang telah ditetapkan :) semudah ABC je kan.. 

Tak lama dah nak sampai hari penutup GA ni 27/8/2014 masih sempat lagi tekan banner nih



Syarat2 penyertaan giveaway aku yang pertama diabad ini! Hiphiphooray!
  • Follow blog JINDRISSKA ni. Kalau dah follow, skip je syarat ni.
  • Kalau suka, follow la Instagram KLIK atau Twitter KLIK (optional, taknak follow pon takpe) 
  • Buat satu entry bertajuk "Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!!"
  • Kalau takde blog, tpi nak join jugak, share je apa2 entry dari blog JINDRISSKA ni ke laman social mcm FB, Twitter, ataupon Insta, dan taglah aku!
  • Dalam entry/post tuh, tulislah sepatah dua kata tentang blog JINDRISSKA ni. (Membodek dibenarkan dan mungkin akan memudahkan anda utk menang GA ni!)
  • Bubuh banner kat bawah ni, and backlink semula ke blog JINDRISSKA ni.
  • Lastly, lekatkan link entry korang dalam ruangan komen kat bawah ni. Siap!

Sofu Hashim
29 Syawal 1435H

August 21, 2014

NNRaya Open House 2014

Assalamualaikum...

Bunga-bunga mekar di taman hati amboi fefeling habis.....tengok bawah ni...:)

Saja-saja join kat Instagram untuk dapatkan jemputan NNRaya 2014 dari Nuffnang ni...tak sangka dapat juga walaupun baru saja berjinak-jinak dengan Nuffnang...

Inbox baru saja dibuka pagi semalam (walaupun dalam hati 90% rasa tak de harapan la nak dapat sebab mesti ramai blogger-blogger yang otai-otai dapat jemputan ni baki 10% je harapan BERJAYA untuk dapat jemputan)...bak kata pepatah...kalau dah rezeki memang tak kemana la kan...

Cuba tengok tarikh email wah....memang best la Nuffnang 17/8 tarikh akhir peraduan 18/8 jemputan dah keluar...terbaik la...

Terus rasa nak terbang je dalam pejabat lepas baca email...baca sampai 3 ke 4 kali juga la...kot-kot salah baca kan..(sambil tenyeh2 biji mata biar clear skit pandangannya) sahkan apa yang dibaca tu benar-benar bukan hanya khayalan...:)

Macam-macam aktiviti yg Nuffnang dah sediakan untuk semua tetamu...debar-debar pun ada gak nih...yelah kan pertama kali dengan acara Nuffnang dan nak jumpa blogger-blogger yang terkenal..yg pasti harus bergambar dengan mereka 

Nak tau apa yg terjadi nanti meh follow Instagram saya @sofunsaipul nak buat live update Sabtu ni...tu pun kalau sempat...kalau dok ralit dengan aktiviti dan tak sempat update minta ampun dan maaf ya semua...


Sofu Hashim

25 Syawal 1435H




August 20, 2014

Wordless Wednesday : Jangan Kita Lupa atau Buat-Buat Terlupa

Assalamualaikum

Ingatlah wahai suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak



Sofu Hashim
24 Syawal 1435H

Segmen Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

Assalamualaikum

Usha2 komen nampak komen dari Fuza 

"Fuza tag awak.." untuk join Segmen ni..

Jadi Segmen pertama utk Ogos..Sofu join

Blogwalking MERDEKA bersama Ayuinsyirah..


http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html

Pada mereka yang nak sertai Segmen ni sudi2kan lah klik BANNER ya..


Sofu Hashim
24 Syawal 1435H

Dhiya's First Giveaway

Assalamualaikum

Join GA yg ke 3 bulan Ogos ini.


Follower ke 318
GA sedang berlangsung sehingga 31/8/2014
Klik Banner untuk join..
Jangan segan2 jangan malu2...luaskan silaturahim anda..:)



Sofu Hashim
24 Syawal 1435H



August 19, 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum

GA ke-2 untuk bulan Ogos :)

Teruja sebab orang Penang yang buat..che lahir kat Penang gak tapi besaq kat KL :)




Sapa-sapa nak sertai masih ada masa lagi..klik kat banner di atas ya..

Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP 
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!

Sofu Hashim
23 Syawal 1435H

Riang Ria Aidilfitri Rafflesia - Bhg 2

Assalamualaikum

Hari ni nak sambung cerita kembali belakang geng Rafflesia Aerobik..jangan muak ya sapa yang membaca..hehehe

Lepas jemputan rumah Dessy kami dapat jemputan ke rumah Kak Rabiah a.k.a Kak Bee pula...rumah Dessy malam hari di rumah Kak Bee sarapan raya namanya...9.30pagi semua dah sampai



Posing dulu dapur baru Kak Bee..sangat cantik dapurnya warna warni kabinetnya..:) lupa lak nak snap kabinet yg warna warni tu 


Masa untuk makan...ok menu memang mantoppp...rendang daging yg mabeles, kuah kacang , soto & mee hoon sup.

Sebelum makan posing2 dulu tidak dilupa..

Walaupun rendang amat pedas tapi ramai yang repeat rendang tu :)

Apasal semua pakat pandang siling tu...
(Ni posing terbaru kami walaupun ramai dah buat kan..kami pun tak ketinggalan)

Lepas di dapur dan meja makan sekarang posing di sofa dan tepi tangga pula.. :)
(Aksi sopan2 ye semunya...)

Alhamdulillah kenyang balik rumah sambung lagi makan2 saya & abg ke Meru, kemudian memenuhi jemputan jiran depan rumah dan sebelum hantar Maisarah ke Semashur singgah di rumah officemate abang di Antara Gapi makan lagi...haissss...sendat perut sehari ni..

Apapun terima kasih buat tuan rumah semua ya...moga dilimpahkan rezeki yg berganda2 so tahun depan boleh jemput kami lagi :)


Sofu Hashim
23 Syawal 1435H


August 18, 2014

Riang Ria Aidilfitri Rafflesia - Bhg 1

Assalamualaikum

Meh nak balik belakang jap..ni semua sessi riang ria Aidilfitri geng2 aerobik saya


Kami bukan saja suka aerobik, kami gemar wefie beramai2 dan makan2 yang tu memang hobi semua


Sebahagian daripada Keluarga Rafflesia Aerobic




Ayu2 mak2 dara semua nih




Ini la tuan rumah yang cute Dessy..
Rumah yg cantik dan makanan yang sangat sedap..hingga menjilat jari semuanya

Bukan saja dapat makan dapat tour rumah baru Dessy yang sangat cantik terutama sekali wardrobe yg terselindung..sangat teruja nak wardrobe cam gitu :)

p/s : sila kumpul dana ye kalu nak cam gitu :):)



Sofu Hashim
22 Syawal 1435H

Segmen Pencarian 20 Bloglist Bertuah - Ieka Farhana

Assalamualaikum

Saat2 akhir dah pun saya join Segmen 20 Bloglist Bertuah kt blog Ieka ni..
Nampak tak nama saya dah kat hujung2 dah kan...:)

Semalam ternampak comment dari Ieka Farhana :

"hye saya dari admin segmen mencari 20 bloglist bertuah 
anda boleh check link blog anda di"



Pagi ni pi usha senarai bloglist bertuah yang lain 

1st time ni nama saya masuk dalam senarai ... hehehe..

Terima kasih Ieka Farhana yg buat segmen ni..



Sofu Hashim
22 Syawal 1435H

August 15, 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan with Love


Assalamualaikum....

Salam Jumaat dan selamat pagi semua...

Alhamdulilah...dapat bertemu semula di alam maya..:)

Hari ni nak join 1st Giveaway by Melangkau Garisan with Love..tengok tajuk with Love tu macam best je kan..harus la tengok la hadiah kepada blogger yang bertuah ni...tertarik tak? angguk cepat2 ya..
Janga lupa sertai juga  GA ni..:)

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/08/1st-giveaway-by-melangkau-garisan-with.html

Tak susah pun nak join GA ni...senang sangat2..semudah ABC je

1. copy gambar kat atas ni then backlink kat blog MG (macam biasa)..klik cepat gambar utk join
2. Be MG beloved follower
3. like my fanpage --> ekinrazalli da tailor 
4. follow Instagram ---> ekinrazallidatailor
5. tinggalkan link kat komen 

Tempoh :
sampai 13 september 2014  (byk masa lagi tp kalu tak nak ketinggalan cepat2 la klik)


4 hadiah yang menarik akan di menangi :

1. perfume bvlgari jasmine nor x 1 pemenang
2. babies blink biasa x 1 pemenang
3. face serum by SAVEE x 1 pemenang
4. pink urban tshirt x 1 pemenang

Sofu Hashim
19 Syawal 1435H

August 13, 2014

Menang GA - No. 1


Assalamualaikum...

Bersiaran semula lepas Raya...abiskan posa 6 dan ganti...yehaaa dah selesai semua dah tak payah nak pening2, kalut2 nak ganti dekat2 posa tahun depan..

Ok balik pada tajuk di atas...ngeh..ngeh...ngeh...
Saya saja2 la masuk GA yang dianjurkan oleh SueAkGoGeous...

Keputusan patut keluar 25/7/2014 memandangkan dah dekat nak raya..(pasti Sue pun dok kalut dengan persiapan terkakhir utk Raya kan..) jadi result keluar lambat sikit 4/8/14 baru lah pemenang diumumkan..
Join GA sekadar suka2..untuk tambah kenalan di alam maya nih..

8/4/14 baru sempat nak usha blog saya yang tak berapa nak havoc sangat ni dan terlihat la satu komen :

Salam
Sofu Hashim
Tahniah
Anda pemenang tempat pertama
Sila emelkan nama no akaun maybank ke suriana.abka@gmail.com
Terima kasih.


August 4, 2014 at 10:49 AM

Wahh....taman dalam hati kembang2 bunga-bungaannya...terus la ke blog Sue untuk lihat keputusan penuh GA dia. Keputusan penuh boleh ke sini ya

Dan duit rayanya...sudah saya terima...Alhamdulillah rezeki 

Sofu Hashim
17 Syawal 1435H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78