Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

January 19, 2015

Ulangtahun Kelahiran Maisarah

..Assalamualaikum Semua..

Hari ini genap usia anak sulung Maisarah Saipul Baharin yang ke 14

Dia ada bersunggut juga mulai tahun ni sampai tingkatan 5
dia akan sambut hari kelahiran dia di asrama

Sedih juga dengar luahan tapi Ummi ni
hanya mampu berkata :

"Along tengah berjuang sekarang dan pengalaman sambut
birthday di sekolah tu takkan ada orang lain yang rasa"

Sebabkan itu kami sambut awal sikit tahun ini :)

Makan-makan di D'Kayangan Steamboat, Shah Alam
dan kek masa Sarah tiba di sekolah :)

Kad untuk Along semua sudah siap dan disorok dalam beg baju ja
Adik-adik tolong sorokkan dalam beg tu

Ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Along

Jadilah Muslimah yang terbaik
Jadilah Anak yang solehan
Jadilah Pelajar yang cemerlang dan berjaya

Kami sayang kamu




November 30, 2014

Kami Makan Kenduri

Asalamualaikum Semua

Hari ini hari makan kenduri kami biasalah bila tiba musim cuti sekolah di hujung tahun ini sudah berderet jemputan di terima minggu lepas sudah bermula tapi gambar sangat tidak memuaskan jadi simpan aje la ya...apapun tahniah buat Nur Jamaiyah Hassan dan Mukmin

Jemputan kenduri di AU 4 Keramat dan di Kelana Jaya


Buah hati pengarang jantung Sofu dan abang ...

Selesai di Keramat gerak ke Kelana Jaya pula gambar pengantin tak de harap maaf sebab 
pengantin tiba seiring sewaktu kami gerak pulang. Nampak dari jauh sahajalah cantik :)

Tiba di Kelana Jaya anak2 layan makan kali kedua Sofu dan abang je makan kuih dan dessert sahaja

Sebelum pulang ini perlu sebab pengantin sampai dah lama hehehe


Sekeluarga tanpa along Maisarah sebab dia yang snap pic


Cadangnya Sofu nak snap pic berdua je tapi si bongsu Nana nak juga menyelit ;)


Ni la dia pasangan Khairul dan Ujie..Khairul officemate Sofu & Ujie pula kenal sebab keje dekat dengan office Sofu juga..Tahniah buat mereka berdua moga berkekalan hingga
ke Jannah...InshaaAllah



November 14, 2014

Mungkin Sudah Rezeki Dia

..Assalamualaikum Semua..

Kisah si bongsu Hanis Sabrina 

Selasa 
 
Tengah santai-santai tiba-tiba Nana datang dan maklum yang dia jadi calon untuk
Pengawas Pusat Sumber esok ada sesi temuduga katanya (kecil dah masuk temuduga
apa la soalan yang cikgu nak tanya tu ya)

Ummi hanya mampu ucapkan moga berjaya jika dapat maknya menyambung legasi 
along Maisarah nampaknya.

Rabu

Masuk rumah saja terus Sabrina maklumkan yang dia tidak berjaya untuk sesi
temuduga hari ini. 

Ummi : Apa soalan yang cikgu tanya?

Nana : Cikgu tak tanya apa pun...tanya exam dapat no berapa je 
ada 6 orang calon 4 orang dapat nana dan kawan nana je tak dapat

Ummi : Laaa ye ke...x pe la..bukan rezeki Nana la tu tak pe la

Khamis

Baru turun dari kereta untuk buka pintu pagar. Nana kelam kabut berlari arah kereta.
Ingatkan apa...rupanya....

Nana : Ummi..ummi (tercungap-cungap)...Nana ada berita gembira ni (ayat skema kan)
Tapi tunggu Nana hantar air kat abang ngah dulu

Apa la berita tu...kalau keputusan periksa ummi sudah tahu sebab guna online je 

Selesai solat asar...terus ditunjukkan ini


Nana : Nana dapat ummi, cikgu bagi petang tadi dah suruh hantar balik esok dengan
duit RM30 tau untuk vest Nana...blaa...blaa...blaa
(bercerita dengan penuh perasaan kegembiraan hihihi)


Alhamdulillah....kalau sudah rezeki dia milik dia juga la
Jadi tunggu penampilan Sabrina ke sekolah tahun depan ya


November 12, 2014

Pusing-Pusing Bali 4 - Tanah Lot & Pura Taman Ayun

..Assalamualaikum Semua..

Usha-usha draf entri ternampak tajuk ini...alaaaaa...ni part last lupa pula nak up hari tu

Hari terakhir sebelum berangkat balik ke Malaysia pastinya tempat ni mesti
menjadi kunjungan pelancong yang melancong ke Bali.

Tanah Lot

Kata tour guide kami...kalau hendak membeli cenderamata disini la tempatnya
Ada lebih kurang 400 kedai di sepanjang jalan menuju ke tanah lot

Tiket perlu untuk masuk hehehe


Pintu gerbang 

Pura = Kuil

Salah satu pura yang terdapat di sini..kalau air tidak pasang kami boleh ke kawasan ini.

Pura yang sama dari jarak jauh..

Gambar kumpulan harus ada...matahari tengah panas lit-lit masa ni..:)







Disini cantik juga pemandangannya




Mengabadikan kenangan kami berdua chewahhh...:)

Sebahagian daripada deretan kedai yang ada...jenuh keluar masuk kedai kami berdua

Sebahagian daripada ahli rombongan yang selesai pusing-pusing dan beli belah..

Pura Taman Aman

Sepatutnya kami ke Ubud selepas ke Tanah Lot tapi disebabkan keadaan jalan yang sangat
macet dan jadual kami yang agak padat menghalang kami untuk sampai ke Ubud. 
Dan kami terpaksa menandatangani surat pengakuan mengubah jadual oleh tour guide takut
dia kena marah pandai-pandai tukar jadual kan..:)

Akhirnya kami tiba di sini pula..(tak termasuk dalam jadual wisata ini)

Suka betul tengok langit yang biru ini




Jadi berkahir lah sudah entri pusing-pusing bali Sofu & suami :)

Terima kasih pada yang sudi membaca/singgah sini :)

Entri pusing-pusing Bali yang lepas



October 31, 2014

Selamat Hari Jadi

..Assalamualaikum Semua..

Hari ini sudah sampai penghujung Oktober 2014, semalam menyambut kelahiran
orang yang menjadi separuh dari jiwa Sofu yang ke 42 - Saipul Baharin Ahmad

Selalunya memang akan beli kek saja..makan-makan dengan anak-anak
Cuma tahun ini Sofu buat rancangan dengan anak-anak..semenjak depa
besar ni banyak juga idea-idea bernas boleh digunapakai hihihi

Kebiasaannya, kek dibeli dan disimpan di dalam peti ais
Jadi sudah pasti tiada kejutan lagi kan
Bila masa potong kek dia mesti cakap
"Tau dah sebab nampak kotak kek dlm fridge"

Untuk tahun ini, Sofu tukar sikit
Kek dibeli dan terus dibawa ke tempat aerobik (tinggalkan dalam kereta
sebab waktu malam sejuk pastinya tidak cair kek tu kan)
Anak-anak dah bersiap sedia di rumah 

Sebelum tiba dirumah nampak whatsapp dari kakak ipar di group keluarga
'Malam ni makan kek la ya'
Dan abang membalas
'Kek mendenya


Hehehehehe...misi berjalan lancar nampaknya
Sebab petang dia call Sofu tanya ada beli kek ke?
Mana ada tak sempat beli tadi - ayat cover line 

Abang minta buatkan maggie telur untuk dia (dia dah makan sikit di pejabat petang tadi sebab ada jamuan jadi tengah malam lapar la pula kan) sementara dia mandi
Apa lagi anak-anak mulakan  misi sorok kotak kek, sorok lilin dan pisau
Sorok kek bawah tudung saji (tiada lagi tempat biasa dalam peti ais!!)

Sedang elok 2-3 suap maggie...anak-anak datang bawa kek sebiji tu
Terus abang cakap...."Ala ingat tak de kek tadi kalu tak, tak yah la masak maggie ni"
Kalau bagi tau tak KEJUTAN la namanya kan..


Nana si bongsu baru bangun tidor dia siap pesan kejut dia kalau dia dah tidor


September 25, 2014

Pusing-Pusing Bali - Bhg 1

..Assalamualaikum buat Semua..

Entry balik belakang..

Abg : "Department abg dapat gi Bali"
Saya : "Best tu gi Bali..nak ikut (sambil senyum2 manja)
Abg : "Rasa semua gi single tak de yg couple..tapi nanti abg check tengok"
Saya : Berdoa dlm hati je mudah-mudahan dapat follow

Akhirnya...dapat juga sama-sama terbang ke Bali (rasa takut tu ada sebab lepas tragedi MH370 kan)
Berkumpul di Cyberjaya sebelum bergerak ke KLIA..posing 1 kali :)
Terima kasih pada Syed Faizal - patut jadi ketua rombongan tapi dia tak pergi jadi menghantar kami di KLIA je  
Ahli rombongan kali ini...anak-anak memang tak pergi sebab sekolah jadi ummi dengan abah je yang pusing-pusing Bali kali ini.
Yang ni terbaik sporting habis pemain terbaik Malaysia ni...Safee Sali
Pasukan Harimau Malaya masa tu tengah tunggu untuk berlepas ke Singapura
Sempat snap gambar Kapten...jadilah..tapi tak dapat snap pic Mahali Jasuli..
Sebab dah dia dah masuk awal
Sorry abang kena tunggu saya ...semua alatan yang berasaskan besi perlu dibuka/dikeluarkan dari beg dan letak dalam converyor masa time pemeriksaan akhir sebelum naik pesawat...tapi saya lambat sebab kasut saya juga jadi mangsa naik converyor bila periksa badan tak de apa2..
Gambar dalam pesawat semua agak bosan sebab menunggu dalam pesawat je sebabnya...

Penerbangan yg sepatutnya mengambil masa 2.5jam bertambah menjadi 4.5jam sebab pesawat tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar Bali. Dijadualkan tiba di Denpasar 3.30ptg tapi setelah berlegar di udara selama 20min juruterbang maklumkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Surabaya disebabkan lapangan terbang Denpasar di tutup selama 2 jam kerana ada kecemasan.

Jadi pesawat terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Juanda Surabaya sambil mengisi semula minyak dan penumpang perlu berada di dalam pesawat sahaja.Lepas dapat kelulusan lapangan terbang denpasar telah dibuka pesawat terbang semula ke Denpasar dari Surabaya yg mengambil masa 40min. Sampai di Ngurah Rai bayangkan la semua pesawat yg patut tiba awal atau saing2 masa kami tiba dalam tempoh masa yg sama dah pasti la urusan imigresen juga lambat...oooohhh tidak perut sudah lapar...
Akhirnya ...Selamat Datang Di Bali - Bandar Udara Bersih dan Rapi
Posing lagi 1 kali..:)
Disebabkan kelewatan tiba semua program petang dan malam telah berubah
Makan di Jimbaran patut hari 2 sebab boleh tengoh matahari terbenam ni sampai tengah malam memang dengar air laut je la sambil mamam..(abg kena gi lagi la ni..)
Bumbu Bali Cafe..makan malam pertama di Bali
Menu BBQ set di Jimbaran..sambal sangat sedapppp
Tiba di hotel jam 10.30malam..proses check in ambil masa juga nasib dapat minum dan tuala basah untuk segarkan muka yang memang dah layu nak cari  bantal je masa nih..
Jam 11.30mlm baru bertemu katil dan dapat la regang-regangkan pinggang....ok Pusing-pusing Bali bermula esok seawal 7.30pagi ya.


Bersambung.......
 

July 25, 2014

Raya Nak Mai Dah....


Assalamualaikum semua

Dah 27 Ramadan...dah 2 minggu tak bersiaran..ada je alasan kan..tapi sebenarnya malas boleh gitu..:)

Ok dah hujung2 ni lagu-lagu raya galak berkumandang di segenap pelusuk tempat tidak kira la dlm kereta, di pejabat, di tempat membeli belah - yg ni wajib la kan kalau tak rasa macam tak meriah je time shopping tu..

Di kesempatan ini takut la nanti bersawang lagi seminggu harapnya dapatla update suasana pagi raya (bergantung tahap line cun ke tak cun)..kami sekeluarga memohon ampun maaf andai ada kesilapan yang sengaja atau tidak, salah kata atau salah laku yang nampak atau tidak...kosong-kosong ya (mcm budak 'supergirl' iklan TM tu kan).


Kepada yang pulang ke kampung..harapnya berhati-hati ketika memandu. Malang tidak berbau kan jadi lebih baik ambil langkah berjaga dan bersedia selalu.

Sofu Hashim
27 Ramadan 1435H


July 13, 2014

Kisah Berbuka Semalam

Assalamualaikum

Semalam berbuka sangat meriah dah macam raya kata anak2.

Keluarga ipar duai dan mak mertua datang berbuka di rumah.

Menu kami sediakan simple aje kangkung goreng, ayam masak merah, telur radar dan 3 set ikan serta 1 set sotong bakar ala Portugis.


Kakak ipar bawa rendang kerang dan patin masak tempoyak (habis hati la abangku dpt makanan fav dia). 

Ipar yg lain bawa kuih dan buah-buahan....harus meriah la kan waktu berbuka

Sofu Hashim
15 Ramadan 1435H







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78