January 22, 2015

Photo Card GiveAway

..Assalamualaikum Semua..

Petang-petang gini Sofu join GA blogger Sally pula la
Mana tau rezeki kan dapat gambar-gambar dari Korea
(seronok betul dapat gi Korea....)


http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/01/photo-card-giveaway.html


January 21, 2015

Zumba Grand Finale - 3 Saka

..Assalamualaikum Semua..

Didoakan pada semua blogger yang singgah sini sihat-sihat hendaknya...

Memenuhi permintaan Suhaila Hamid cerita pasal Zumba event

Kronologi :

Mula aerobik di Studio - 2010
Mula ber Zumba - 2012
3 SAKA - 2014

Mesti tertanya-tanya kan apa la yang 3 SAKA tu..
Turun saka ke apa nih...

Meh nak terang dulu maksud 3 SAKA untuk elak kekeliruan anda :)

S ~ Sihat
A ~ Aktif
K ~ Ketrampilan
A ~ Anggun

ZIN yang mengajar bukan calang-calang ya kita ada 
Zin Shah Bariah, Zin Aliez Jazam dan Zin Ramizah...
yang best sebab 3 SAKA khusus untuk WANITA sahaja

Mula dari awal tahun lagi 3 Saka ini bergerak dan Sofu pernah
sertai yang dekat dewan di TTDI

Dan untuk penutup 2014 mereka anjurkan 
3 SAKA Zumba Grand Finale @ Stadium Melawati Shah Alam 
masa cuti Krismas (cuti di Johor pun dipendekkan sebab dah tempah tiket 
ke sini sebelum ke Johor)

Jom layan gambar-gambar dibawah...
harap tak de yang muntah tengok gambar-gambar ni :)

Sebelum ke stadium isi perut dulu ya...
Ni antara geng Rafflesia studio yang join 3 SAKA
(awat muka lebaq sangat tu Sofu)

Tiba di stadium apalagi posing dulu sebelum mula dengan
Nadia Rahim (baju hitam sebelah Sofu)
dulu dia buat aerobik juga
tapi kini sudah bergelar instructor 

Kami lagi..:) 

dengan Nadia

Zainiyati a.k.a jiran selang sebuah rumah
Terjebak dengan aerobik juga lepas kena racun dengan Sofu
hahahahaha...

Sebagai kenang-kenangan 

Sebelah Sofu Instructor a.k.a tuan punya studio Rafflesia yang Sofu selalu 
lepaskan tension/stress kerja..
Azleen Ibrahim...40++ tau umur dia
yang bawah berdua tu...Ayu n Ami...
ni geng Sofu kecoh kat Studio

Disini kumula kenal aerobik :)

Ahli-ahli 3 SAKA dari seluruh pelusuk daerah :)
Yang tak datang geng dari Kelantan sebab banjir time tu


Kenangan 3 SAKA 2014

Rafflesia Buddies dengan Zin Ramizah (atas) & Zin Aliez (bwh)

Gini la kalau dapat bergambar :)
Tapi tak cukup korum tu ada yang dah balik


Lepas penat apa lagi...isi perut lagi...1.5jam berzumba perut dah kosong balik ni

Nasi Goreng Ayam - reward diri sendiri :)

Posing lagi lepas kekeyangan....

Kami suka senam, kami suka makan dan kami suka wefieeee :)


Ok dah abis citer...:)

3 SAKA 2015 dengar nya akan ada lagi..kalau ada nanti Sofu kemaskini di blog ya
Untuk permulaan sesiapa yang nak cuba Zumba dengan Zin 3 SAKA boleh
sertai sesi Zumba dekat Karangkraf 1 Februari 2015 mulai jam 8.30pagi - 10.00pagi

January 20, 2015

Sesi Persekolahan 2015

..Assalamualaikum Semua..

Siaran tertunda lagi nih...

Sudah masuk minggu ke 3 persekolahan baru nak kemaskini entri anak-anak sekolah
Wajib dimulakan dengan Along Maisarah la kan Ahad sudah mula pendaftaran masuk
ke Sek Men Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)

Homeroom : Battani (Merah)
Dorm : 3

Along masih kekal di dorm yang sama tahun ini. 
Ada rungutan juga sebab pengalaman tahun 2014 memandangkan bilik stor
simpanan  beg semua pelajar Battani ada dalam dorm ni jadi mereka juga
yang terpaksa mengemas bilik tu selain dorm mereka.
Along jadi senior tahun ini.

Dari senarai tu nampaknya bilik ada campuran semua tingkatan berbanding tahun 2014
dorm ini hanya untuk form 1 sahaja.

Nampak gaya along macam cuak je sebab kena campur dengan kakak yang lebih senior :)
Sampai Sofu dan adik-adik pun tak dibaginya masuk dalam dorm nasib baik ada juga ahli dorm 
lama Battani 3 bersama dia tahun ini

Masih memilih katil atas tapi tidak katil lamanya bukan juga katil bawah
(asalnya Sofu suruh pilih katil bawah) sebab katanya katil bawah 
khas untuk senior sahaja :)

Apapun selamat maju jaya Along


Sebelum pulang bawa dia makan tengahari dulu
Guna sepuas-puas hp kesayangan sebelum diserahkan pada Sofu


Isnin 12/1/15


Tahun ini Safiyyah dan Sabrina tidak sama sesi selepas 2 tahun bersama
Safiyyah ke SKSU dan Sabrina ke KIDAS
Siap sedia sudah ke sekolah

Abah hantar Safiyyah
Ummi hantar Sabrina

Sampai Sofu ke KIDAS, terima panggilan dari abang.

"Ummi motor tak boleh start la"
"Pula...abis tu macam mana nak hantar anak tu"
"Guna kereta la jawabnya..lambat sikit la sampai ni"

Saban tahun situasi SKSU akan sesak sebab tahun 1 akan sama sessi dengan tahun 5 dan 6
Dan saban tahun juga abang akan hantar dengan motor.

Memang lambat sikit sampainya sebab parking jauh dari sekolah dan terpaksa berjalan sikit.
Situasi ini selalu dimaafkan cikgu sebab kebiasan hari pertama memang begitu.


Selesai urusan bayaran yuran skodeng anak dara ini sekejap


Hanis Safiyyah - 5 Ibnu Sina


Hanis Sabrina - 3 Ibnu Sina


Sesi petang pula...
Ini anak bujang aka Hero Kecil Sofu
Muhammad Muazzam
Alahai anak...tinggi sudah dari Ummi :)
Kalau ummi berdiri atas bata tu mesti sama tinggi kan..:)


Ini BFF Muazzam..Haziq
Tepat jam 12tgh Haziq sudah sampai
Anak bertuah Muazzam baru sibuk nak pakai baju
Buat kenang-kenangan bukan senang nak ambil gambar
budak berdua ni..lagi 2 BFF Azam Haziq Shamsul & Haikal
(pic lg 2 orang tak de sebab sorang naik van sorang lagi dok taman lain)


Abg Ngah & Sabrina :)


Kelas Sabrina tingkat 2 

Merasa merempit 3 beranak ke SKSU jalan sesak macam pagi tadi juga
Ngeri rasa naik motor abang bawa celah-celah kereta, mpv dan sebagainya.
Siap kecilkan badan & tutup mata lagi...


Balik sekolah...vest PSS sudah diterima
Awat besar tuuu....jawab Nana..cikgu kata besar sikit tak pe sampai tahun 6 nak  guna tu

Untuk anak-anak semua

Ummi & Abah doakan

Moga menjadi :
Muslim yang sejati
Anak yang solehan
Pelajar yang cemerlang dan berjaya

Hadiah Terakhir Segmen 2014

..Assalamualaikum Semua..


Entri ini kira throwback sikit..:)

Ini sebab hujung2 tahun 2014 tu bermalas-malasan untuk update entri dekat blog.

Alkisah.....

Join GA INI awal Disember 2014
dan disebabkan kes bermalasan tu laaaaa...tetiba nampak entri kat HSB 
apa lagi zasssss teru ke blog Saila pula

Baca2 dulu untuk pengesahan..nak pengesahan juga lagi sah2 dah nampak
dekat blog HSB nama tercatat disitu hehehe...

Terus whatsapp Saila...huhuhu tebus hadiah..Alhamdulillah
rezeki masih disitu

Minggu lepas shawl yang sangat cun ini tiba ke pangkuan.

Terima kasih Saila..akak suka sangat



Dalam gembira ada sedih juga ni

Menang peraduan Pallas di Facebook sama dengan Fuza Musa patut terima 
2 tiket menonton wayang. 

Tapi hampa sampai tarikh luput hadiah tak sampai ke pangkuan pun

Dimana salah pun tidak diketahui kenapa orang pos tidak hubungi
Sofu pun walaupun no sudah diberi pada pihak Pallas 
wajib diletak rasanya no tu pada surat berdaftar kan
Dan kalau ikut tracking penghantaran dibawah 18/12/14 
Sofu sepanjang hari berada di pejabat cuma 22/12/14
Sofu sudah mula bercuti dan ada je orang di pejabat 

Lama juga jarak dari 22/12/14 ke 9/1/15 (lebih dari 2 minggu)
Akhirnya mereka hantar semula pada pihak Pallas

Nampak gaya memang tiada rezeki disini 
Ada juga PM pihak Pallas tapi memandangkan tarikh luput tiket 30/12/14
Jadi hangus begitu sahaja nampak gayanya..


Ok tinggalkan kisah sedih yang telah berlalu itu..

Nanti Sofu nak cerita kisah throwback Eksplorasi Johor pula :)
Dah masuk tahun baru ni  baru nak kemaskini haissssshhhh
Ada ke yang nak baca...angkat tangan tengok 

Jumpa lagi...



January 19, 2015

Ulangtahun Kelahiran Maisarah

..Assalamualaikum Semua..

Hari ini genap usia anak sulung Maisarah Saipul Baharin yang ke 14

Dia ada bersunggut juga mulai tahun ni sampai tingkatan 5
dia akan sambut hari kelahiran dia di asrama

Sedih juga dengar luahan tapi Ummi ni
hanya mampu berkata :

"Along tengah berjuang sekarang dan pengalaman sambut
birthday di sekolah tu takkan ada orang lain yang rasa"

Sebabkan itu kami sambut awal sikit tahun ini :)

Makan-makan di D'Kayangan Steamboat, Shah Alam
dan kek masa Sarah tiba di sekolah :)

Kad untuk Along semua sudah siap dan disorok dalam beg baju ja
Adik-adik tolong sorokkan dalam beg tu

Ummi dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Along

Jadilah Muslimah yang terbaik
Jadilah Anak yang solehan
Jadilah Pelajar yang cemerlang dan berjaya

Kami sayang kamu




2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

..Assalamualaikum Semua..

Permulaan minggu ini Sofu nak join GA ini..
GA ni kira WAJIB join sebab
Fuza ni kira pencetus untuk Sofu mula mengetuk entri di blog semula :)

Siapa yang belum join masih ada masa lagi..hadiah sangat menawan kalbu tau

Klik banner dibawah cepat-cepat sebelum terlambat


Untuk Fuza :

Selamat Hari Lahir
Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah 
Berjaya dan cemerlang juga dalam perniagaan 



January 16, 2015

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

..Assalamualaikum Semua..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)


January 15, 2015

Menang Segmen 1/2015 - Mamaniza.com

..Assalamualaikum Semua..

Alhamdulillah....

Permulaan entri pertama 2015 Sofu mulakan dengan join Segmen dari Mamaniza
Join pun dah hujung-hujung penutup Segmen.

Hari ini bila tengok nama dalam senarai dibawah...wahhh
Lompat bintang sikit (sikit ja tau jangan lebih-lebih Sofu oiiii)

Tahniah pada 20 blogger yang terpilih..


Pucuk dicita ulam mendatang kiranya nih..
Sangat berbesar hati kerana dapat berada dalam bloglist Mamaniza

Terima kasih Mamaniza..


January 14, 2015

My Birthday Giveaway by Dr Shikin

..Assalamualaikum Semua..
Dah dekat tengah hari nih...alang-alang tunggu time lunch tu nampak GA ni
by Dr Shikin
Masih sempat lagi kah...x pe cuba je la kan..:)
Rezeki mana tau jadi pemenang
Klik banner untuk join ya
Sofu tag 
Fuza Musa

January 13, 2015

Giveaway Ole-Ole Dari Japan by Ayue Idris

..Assalamualaikum Semua..


(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : sofu hashim
instagram id : sofunsaipul


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




January 10, 2015

Tahniah Buat Diri Sendiri

..Assalamualaikum Semua..

Pagi-pagi ni ucap tahniah buat diri sendiri dulu hehehe

Cuba tengok dibawah sebabnya..


1. Entri pertama 2015 sudah ada...ya join segmen Mamaniza
Jadi lepas ni teruskan la usaha untuk update entri ya Sofu

2. Tahun 2014 wahhhh....tak sangka ada 211 entri mulai Jun 2014 selepas 
berehat selama 2 tahun 

2015 sila pecahkan rekod 2014 ya...

Entri tertunda banyak tapi belum sempat lagi nih...
Ada ka yang sudi membaca...
Terima kasih...pada yang singgah dah membaca..

Sayang anda semua


January 09, 2015

Segmen Mama Mencari Bloglist Januari - Mac 2015 di Mamaniza.com

..Assalamualaikum Semua..

Alhamdulillah...ini menjadi entri pertama Sofu untuk tahun 2015.
Sangat-sangat kesibukan + kemalasan (cuti-cuti Malaysia lama sangat nih)
untuk kemaskini dan blogwalking 






Assalamualaikum


Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.


Syaratnya :


Follow blog Mama Niza.


Letakkan URL blog mama di bloglist anda.


Tamat : 10 Januari 2015


Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015


Nota : Jom beri sokongan pada mama!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78