January 07, 2011

Siapa Pengganti????

Salam...

Dari kecik memang sudah serasi mendengar suara ini mengumumkan hari yang penting i.e Hari Raya Aidilfitri & Edul Adha...rupa2nya ni la kali terakhir kita akan dengan suara ini..untuk raya tahun 2011 agak2 muka & suara siapa yg kita akan lihat & dengar utk mengumumkan hari penting ini..


KUALA LUMPUR, 6 Jan – Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara esok.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok kepada Bernama hari ini, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Jan, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. – Bernama




1 comment:

  1. aw..sangat happy kalau Engku keluar tv. and his voice is very sinonim dengn raya kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78