May 22, 2015

Koleksi Raya EMEL by Melinda Looi

..Assalamualaikum Semua..

Ramadan bakal tiba
Syawal pula bakal menjelma
Tailor sudah tutup tempahan bajunya
Koleksi Raya Emel by Melinda Looi pilihan seterusnya

Jom kita terjah koleksi raya Emel by Melinda Looi ini......

Sama seperti pereka-pereka fesyen yang lain, Melinda Looi juga merupakan salah 
seorang pereka fesyen yang cukup disegani di Malaysia. Membuka butik yang pertama 
di Bangsar, beliau terkenal dengan keunikan setiap koleksi yang dihasilkan. 

Sempena Syawal yang akan menjelang, koleksi baju raya Melinda Looi merupakan 
antara koleksi yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar fesyen khususnya wanita.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, Melinda Looi hadir dengan koleksi pakaian yang 
sememangnya trendy dan menepati citarasa terkini. Sempena Syawal tidak lama lagi, 
rebut peluang anda untuk menemui koleksi Emel by Melinda Looi seperti berikut;





Warna-warna pastel sememangnya menjadi pilihan ramai wanita lebih-lebih lagi seperti 
warna dusty pink dan light peach. Kelihatan sangat anggun dan bergaya kan...



Begitu juga dengan kombinasi warna-warna kontra seperti pink dan biru atau 
hijau dan biru. Bagi mereka yang mengemari kombinasi warna ini anda 
harus memilikinya.



Tidak ketinggalan motif-motif yang unik dan ceria!

Cantik bukan Koleksi Raya Emel ini.......

Cepat-cepat dapatkan Koleksi Raya Emel by Melinda Looi 
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama nanti disambar orang ...

Pastikan anda bergaya dengan Koleksi Raya EMEL ya!!!!

11 comments:

  1. Replies
    1. sangat cantik...
      tapi bagi ku yg kurang tinggi errrr cantik kurang sikit hehehe

      Delete
  2. kalau tak silap, EMEL nie gabungan Emma Maembong & Melinda. Tgk kat ig depa, promote gila2. Heheh

    ReplyDelete
  3. tertarik dgn design2 terbaru tue..
    Cantikkkk

    ReplyDelete
  4. Cantik² nya...Zalora pun dah keluar baju raya! Ermm...tahun ni x sempat nak tempah baju, memang kena beli siap rasanya...

    Regards,
    Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  5. Semuanya cantik tapi kita xsesuai saiz besar ni huhuhu

    ReplyDelete
  6. Cantik yg warna pastel.
    but aida x pakai fesyen gitu :-)

    ReplyDelete
  7. ada tengok Liyana Jasmey pakai baju2 Melinda ni..
    omey sngt.. kalo lawa okaylah kot nak belanja duit beli baju designer..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78