..Assalamualaikum Semua..
Siaran tertunda lagi nih...
Sudah masuk minggu ke 3 persekolahan baru nak kemaskini entri anak-anak sekolah
Wajib dimulakan dengan Along Maisarah la kan Ahad sudah mula pendaftaran masuk
ke Sek Men Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
Homeroom : Battani (Merah)
Dorm : 3
Along masih kekal di dorm yang sama tahun ini.
Ada rungutan juga sebab pengalaman tahun 2014 memandangkan bilik stor
simpanan beg semua pelajar Battani ada dalam dorm ni jadi mereka juga
yang terpaksa mengemas bilik tu selain dorm mereka.
Along jadi senior tahun ini.
Dari senarai tu nampaknya bilik ada campuran semua tingkatan berbanding tahun 2014
dorm ini hanya untuk form 1 sahaja.
Nampak gaya along macam cuak je sebab kena campur dengan kakak yang lebih senior :)
Sampai Sofu dan adik-adik pun tak dibaginya masuk dalam dorm nasib baik ada juga ahli dorm
lama Battani 3 bersama dia tahun ini
Masih memilih katil atas tapi tidak katil lamanya bukan juga katil bawah
(asalnya Sofu suruh pilih katil bawah) sebab katanya katil bawah
khas untuk senior sahaja :)
Apapun selamat maju jaya Along
Sebelum pulang bawa dia makan tengahari dulu
Guna sepuas-puas hp kesayangan sebelum diserahkan pada Sofu
Isnin 12/1/15
Tahun ini Safiyyah dan Sabrina tidak sama sesi selepas 2 tahun bersama
Safiyyah ke SKSU dan Sabrina ke KIDAS
Siap sedia sudah ke sekolah
Abah hantar Safiyyah
Ummi hantar Sabrina
Sampai Sofu ke KIDAS, terima panggilan dari abang.
"Ummi motor tak boleh start la"
"Pula...abis tu macam mana nak hantar anak tu"
"Guna kereta la jawabnya..lambat sikit la sampai ni"
Saban tahun situasi SKSU akan sesak sebab tahun 1 akan sama sessi dengan tahun 5 dan 6
Dan saban tahun juga abang akan hantar dengan motor.
Memang lambat sikit sampainya sebab parking jauh dari sekolah dan terpaksa berjalan sikit.
Situasi ini selalu dimaafkan cikgu sebab kebiasan hari pertama memang begitu.
Selesai urusan bayaran yuran skodeng anak dara ini sekejap
Hanis Safiyyah - 5 Ibnu Sina
Hanis Sabrina - 3 Ibnu Sina
Sesi petang pula...
Ini anak bujang aka Hero Kecil Sofu
Muhammad Muazzam
Alahai anak...tinggi sudah dari Ummi :)
Kalau ummi berdiri atas bata tu mesti sama tinggi kan..:)
Ini BFF Muazzam..Haziq
Tepat jam 12tgh Haziq sudah sampai
Anak bertuah Muazzam baru sibuk nak pakai baju
Buat kenang-kenangan bukan senang nak ambil gambar
budak berdua ni..lagi 2 BFF Azam Haziq Shamsul & Haikal
(pic lg 2 orang tak de sebab sorang naik van sorang lagi dok taman lain)
Abg Ngah & Sabrina :)
Kelas Sabrina tingkat 2
Merasa merempit 3 beranak ke SKSU jalan sesak macam pagi tadi juga
Ngeri rasa naik motor abang bawa celah-celah kereta, mpv dan sebagainya.
Siap kecilkan badan & tutup mata lagi...
Balik sekolah...vest PSS sudah diterima
Awat besar tuuu....jawab Nana..cikgu kata besar sikit tak pe sampai tahun 6 nak guna tu
Untuk anak-anak semua
Ummi & Abah doakan
Moga menjadi :
Muslim yang sejati
Anak yang solehan
Pelajar yang cemerlang dan berjaya