Assalamualaikum....
Pg td dgr dlm radio..betul ka??? Kena cuba lam cam gini..lg pun dh dekat nk posa kan so cpt la skit kurusnya..he3x..
"WASHINGTON: Satu kajian dijalankan penyelidik Amerika Syarikat mendapati, amalan menunggang basikal selama lima minit setiap hari boleh membantu wanita muda mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk tubuh mereka.
Pasukan penyelidik di Sekolah Kesihatan Umum Harvard dan Hospital Wanita Boston juga melaporkan wanita dengan berat badan berlebihan adalah kelompok menerima faedah paling banyak daripada amalan ini.
“Sedikit masa yang diambil untuk menunggang basikal membantu wanita mengawal berat badan, tetapi semakin lama masa yang diambil, lebih baik. Wanita yang mengalami kegemukan paling banyak mendapat faedahnya,” kata salah seorang penyelidik, Rania Mekary.
Penganalisis menyifatkan hasil kajian ini memberi perangsang kepada wanita yang mengalami masalah berat badan kerana ia boleh menggantikan amalan berjalan kaki atau berkereta. "
Dulu memang ada basikal tp sebab dh lama x naik sudah sya dah serah pada anak sulung sya Sarah tk ke sek sebab basikal lama dia mcm x sesuai je ngan dia. So takkan nak mnta balik so nnti ummi pnjam je la basikal tu takat 5 minit je kan..tak pun ke gym je la ...Ain bila nk smbung ke gym nih...