Assalamualaikum semua
Blogwalking 2-3 hari lepas nampak GA dari SueAkGoGEous, terpanggil untuk berkongsi pengalaman puasa di bulan Ramadan saya.
"Pemilihan pemenang akan diadili sepenuhnya oleh saya dengan menilai penulisan anda.. Hadiah empat orang pemenang bertuah adalah seperti berikut:
Seorang Pemenang utama = Cash RM20
Tiga Pemenang saguhati = Cash RM10
Tarikh-tarikh penting:
Tarikh mula: 4 Jun 2014
Tarikh tamat: 23 Julai 2014
Tarikh keputusan: InsyaAllah 25 Julai 2014"
Terma dan Syarat mudah sahaja..
Klik Banner kalau nak tahu
27 Ramadan 1422H
(13 Disember 2001)
Saya dan suami ke klinik untuk memeriksa keadaan kandungan dan juga mendapatkan kepastian daripada doktor boleh atau tidak kami pulang ke kampung untuk menyambut lebaran.
Respon doktor " Boleh tapi kamu kena berhati-hati, seelok-eloknya kamu duduk atas bantal tinggi sikit sepanjang balik kampung tu untuk elakkan hentakan yang kuat".
Sampai rumah, buka puasa dan terus berbincang dengan suami. Kata putus dibuat, jom kita gerak malam ini juga esok boleh 'check up' dekat klinik di kampung. Rupanya abang sudah awal-awal hubungi abangnya di kampung untuk tengok-tengokkan klinik mana yang buka pada cuti Raya jika kami kecemasan nak bersalin masa tu.
Sepanjang perjalanan di lebuhraya abang saya memandu menggunakan lorong kecemasan sahaja dan kalau kena saman dengan polis trafik pun dia tidak kisah yang pasti tiba di destinasi dengan selamat. Akhirnya, selamat sampai di Bota..Alhamdulillah
28 Ramadan 1422H
(14 Disember 2001)
Kami ke Klinik Yasmin di Manjung untuk pemeriksaan lagi mana tahu sudah sampai masa untuk dia keluar keluar melihat dunia sebelum hari Raya tapi yang pasti tarikh jangkaanya adalah 2 minggu selepas raya.
Doktor kata keadaan bayi baik-baik sahaja tapi jika ada kecemasan boleh terus datang ke klinik. Puasa diteruskan lagi. Berbuka dengan senang hati sebab belum sampai masa lagi. Ada peluang merasa rendang tok dan lemang nampaknya.
29 Ramadan 1422H
(15 Disember 2001)
Sah esok raya...suasana riuh-rendah dengan anak-anak buah yang sibuk 'membantu' di dapur hanya mampu saya pandang dari ruang depan rumah ibu mertua, sahur saya tiada upaya untuk bangun jadi saya minta suami buatkan air milo sahaja dan minum sorok-sorok. Maluuuuu....
Menjelang tengahari kakak ipar menegur muka saya yang agak pucat dan dalam masa yang sama sakit perut mula terasa sikit demi sikit. Memandangkan jarak rumah dan klinik agak jauh dan mungkin ditambah dengan kesesakan jalan sebab ramai warga kota sudah mula pulang ke kampung, kami dipaksa segera ke klinik.
Tiba di klinik, hanya jururawat saya yang ada dan mereka terpaksa memanggil doktor gantian untuk datang. Alhamdulillah, tidak lama saya berada di bilik bersalin. Tepat jam 3.00ptg lahirlah seorang putera Muhammad Muazzam pada tanggal 29 Ramadan 1422H (15/12/2001).
Alhamdulillah sebelum takbir raya bermula, abang telah selesai melunaskan tambahan 'fitrah' untuk hero baru dan saya merasa juga rendang yang dimasak dirumah pagi tadi, esoknya baru mula misi berpantang.
Kegembiraan berganda buat saya dan keluarga.
Sofu Hashim
12 Ramadan 1435H