April 28, 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

..Assalamualaikum Semua..

~ Support Blogger Intan Berlian ~


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

April 27, 2015

Rombongan Kak Jemah ke Kota Bharu - Bhg 1

..Assalamualaikum Semua..
Entri balik belakang
Banyak entri throwback sebenarnya dalam senarai tapi yang ini rasanya kena naik dulu
walaupun ada lagi yang lama dalam senarai..sabar ya yang lain-lain tu

Sebelum Misi Tercapai

Hari Selasa (tarikh lupa sudah) malas sikit nak scroll dalam Whatsapp

Z : Jom gi KB tiket murah weiii...
L : jom dah lama teringin...sapa nak saya boleh belikan tiket dulu
E : nak follow
S : follow juga..esok confirm balik
A : teringin juga nanti minta approval ya
L : saya macam A nanti update lain
H : tak dapat follow anniversary time tu hehe
K :.....teringin juga.......
E : Ok I tunggu kat sini follow dari KB ja

Lepas 2 hari....

Rupanya yang diidam dan dirancang menjadi realiti juga..
L : ok confirm 7 tiket dah beli..cuma kak K je beli sendiri
Z,S,A,E,K :.....Cayalah..akhirnya jadi realiti...
Ahli rombongan kak Jemah ke KB kali ini :

Kak Zaida, Sofu, Eda & Kak Awa
Lynn, Kakcik, Kak Kiss & Kak Ain

Jadi tunggu je la 11 April tiba untuk kami meneruskan misi...
Makan, Shopping, Makan, Makan, Makan dan Makan....

Nak gi semalam ja tak pe la lepas aerobik baru kemas beg kan..
Sampai rumah terus kemas...laa x sedar dah kol 12.30..
Aduss....jam 4pg nak kena bangun balik flight kol 6.20pg jadi pastinya jam 5 kena ada
di Subang Skypark subuh disana kan...

Sebab excited nak berombongan naik kapal terbang lagi tu...tidur pun tak berapa
nak lelap sangat. Pukul 3.30pg sudah siap masuk bilik air takut kena tinggal dengan Kak Awa
(suami dia akan hantar kami ke airport) bermula la episod whatsapp yang berderet dia awal pagi...memang tak boleh tahan macam-macam insiden dalam whatsapp tu...
kejut orang, call orang, sampai rumah call orang tak jawab bila dah gerak rupanya
orang tu dah sampai rumah kak Awa pula hehehe...yang tertinggal IC pun ada tu
senario kereta lagi satu...tapi apapun semua selamat sampai ke Skypark sebelum Subuh.

Alhamdulillah Lynn Hassan bawa bekal kek yang sangat gebu...

Tiba di KB jam 7.15pagi...hirup udara pagi di KB kami ber 8 pagi tu.
Terus ke tempat sewa kereta Hawk Car Rental. Lynn dah tempah awal sebab takut nanti
sampai kereta tidak ada pula.

Dapat 2 biji kereta Pesona murah je sewanya RM130/sehari..
Jadi dapat sahaja kereta misi pertama dimulakan ke Kopitiam Kita...sarapan pagi


Kopitiam Kita
Taman Desa Jaya, 
4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 
15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Kopitiam ini memang menjadi tumpuan rupanya meja di kopitiam ini pantang kosong
pasti sahaja diisi selepas itu.
Menu jangan cakap lama...bermacam jenis nasi boleh didapati disini

Lebih daripada 15 jenis pilihan nasi boleh didapati disini

Menu pilihan Sofu pastinya yang sudah lama diidam 
Roti Titab

Seterusnya....
Nasi Dagang Ikan..tang VIP tu tak pasti maksudnya

Menu geng lain ....ada Nasi Tupe, Nasi Berlauk Air Dingin, Nasi Dagang Ikan
Kuih muih tempatan....meriah kannn..

Kak Awa senyum lebar dapat merasa kuih muih tempatan

Nasi tupe pilihan kak Awa

Rezeki kami sarapan pagi ditaja oleh Kak Aini
Sudah kenyang apa lagi....misi seterusnya...shoppinggggggg
Destinasi yang dituju adalah pasar yang paling terkenal di Kota Bharu pastinya

Pasar Besar Siti Khadijah..
Pusing-pusing tingkat atas dahulu bahagian pakaian wanita wajibla kan. Kemudian baru turun 
kebawah untuk beli rempah, keropok dan serunding.

Suasana bahagian bawah dalam pasar...meriah bukan

Yang penting signboard tu...senang nanti kalau nak buat tempahan boleh
call no tu dan dia boleh uruskan penghantaran melalui pos :)

Mereka pun nak abadikan kenangan juga :) Selesai di kedai serunding kami
ke bahagian rempah ratus...singgah di Kedai Rempah Mek Nah kalau tak silap
tapi gambar lupa la nak snap tangan dah penuh dah kiri kanan
Sempat juga rembat rempah kuzi kat situ nak masak alamak bila ya...
Cuti hujung minggu ni la kita cuba ya

Inovasi terkini...budu dalam tiub dulu dalam botol je kan
Tapi hanya mampu pandang sebab tak makan budu ni :)

Lenguh juga tangan mengendong kiri kanan nih...borong banyak ke? 
Harusnya tidak sebab geng sudah tetapkan RM200 sahaja untuk beli belah :)
Lepas selesai simpan barang dalam kereta dulu sebab hendak terus ke destinasi
makan tengahari pula...

Memandangkan semalam sahaja untuk tidur jadi tempat penginapan ini 
menjadi pilihan sebab yang lain sudah penuh tak sangka bukan waktu cuti 
sekolah pun penuh hotel di KB ni

Paling tidak disangka-sangka tempat yang kami akan bermalam
betul-betul berhadapan dengan pasar besar ..rugi rasanya beli tiket 
balik awal kan kalau tidak boleh beli nasi berlauk, nasi dagang atau
kuih muih sebelum balik dan makan di Sungai Buloh :)

Hendak tahu tempat makan tenghari, tempat penginapan makan malam dan 
supper kami tak lupa pantai yang kami singgah.....kita bersambung ke entri bhg 2....

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

..Assalamualaikum Semua..

Support blogger CN pagi ni..jom masih sempat lagi sapa yang belum sertai segmen ni


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

April 25, 2015

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie

..Assalamualaikum Semua..

Selamat pagi...hahaha
Macam mana nak mula balik nih..
Lama dah tinggal krikk...krikkk...krikkkkk

Jom la tulis/mengomel balik di blog agar tidak terus usang...:)

Pagi ni berkesempatan untuk sertai GA  mama Firash yang cute tu...


Masih sempat lagi bagi geng yang belum sertai tu...
Jom sama-sama support rakan kita ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78