June 27, 2014

Ramadhan Tiba...

Assalamualaikum 

Alhamdulillah dengan keizinanNya dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini..

Cuma tahun ni pasti amat berbeza tidak seperti tahun2 yg lepas sebab ya....ala syahdu la pula..anakanda yg sulong hanya dapat berbuka bersama hanya di hujung minggu hari lainnya dia akan berbuka bersama rakan2 di asrama

Tak pe Along Maisarah...berkorban untuk mencapai cita2..InsyaAllah semoga semua dipermudahkan ya

Lagu khas utk semua...dengarkanlah...Salam Ramadhan buat semua...moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yg sebelumya..Amin



June 26, 2014

Kelahiran Jun 2014



Assalamualaikum semua..

Meh hari ni nak bersiaran pagi2 nih..sebab kegembiraan perlu dikongsi bersama kan..

Hari ini genap umur anakanda berdua saya Hanis Safiyyah - 10tahun dan Hanis Sabrina 8tahun

Rasa macam kejap je dah besar anakanda berdua ni..bila anak2 makin membesar jadi ummi makin tua la jadinya..hehehe


 Hanis Safiyyah Saipul Baharin

Hanis Sabrina Saipul Baharin

Nama adik memang ikut kakaknya...sebab tarikh lahir sama :)

Rezeki dari Allah...Sabrina tak nak keluar pada tarikh 'due' dia dok elok diam2 dalam perut..sebabkan dah terlebih hari doktor suruh juga datang 26/6/2006..dan induce..jadi sama la tarikh lahir mereka, tempat lahir pun di hospital yang sama cuma kecenderungan agak berbeza sikit.

~ Safiyyah suka membaca ~
~ Sabrina suka menyanyi ~

Ummi dan abah sentiasa berdoa yang baik2 buat anakanda berdua.

 

June 24, 2014

Makan-makan Sebelum Ramadhan

Asssalamualaikum..

Imbas semula kisah Jumaat lepas...berkongsi kegembiraan ahli2 Rafflesia Aerobic yang sangat2 havoc dan sporting semuanya..

Sepanjang Ramadhan kelas malam dibatalkan kerana memberi peluang ahli2 untuk menambah saham akhirat..kelas pagi ditukar dengan sesi Tadarus dan hanya kelas petang saja dijalankan. Memandangkan kelas malam tak ada jadi geng2 semua cadang sesi supper dan tukar2 hadiah lepas habis sesi aerobik...doa selamat x lupa juga dibaca tau..moga berkat :)

Masa untuk makan...yang ini la yang kami tunggu2..terima kasih kawan2 semua..sedap sampai menjilat jari jemari..double thumbs up buat semua (ni baru sebahagian lepas abis aerobik penuh meja tu :)



Memandangkan masa agak singkat jadi masa sesi tukar hadiah kami buat ala2 kerusi berirama ..kurang tau kan...tapi kerusi tak de la kami pusing hadiah je basi lagu hadiah tu la yg akan dibawa pulang..

Taraaaaa...cantik kan shawl ni...hadiah 2 in 1 dari kak Suzana Yahya..


Untuk penutup harus lama sesi snap2 yang ni sesi wajib kami...



June 20, 2014

Ramadhan Akan Tiba



Assalamualaikum...

Ramadhan dah nak dekat ni..anda semua sudah bersedia?? :)



Bila sudah sah anak bulan kelihatan, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan umumkan tarikh sebenar semua umat Islam akan berpuasa. Untuk tahun 2014, tarikh 27 Jun 2014 telah ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan jadi lepas solat Maghrib korang semua siap sedia di depan tv masing-masing untuk tonton pengumuman rasmi ya.

Kalau anak bulan timbul, maka berpuasa lah kita pada 28 Jun 2014 dan terus la ke surau/masdrasah/masjid untuk berterawih....



Blogging Semula Jom



Assalamualaikum...

Semalam tergerak hati untuk jalan-jalan ke blog yang lama ditinggalkan...kritt..kritt...krittt...bersihkan sawang mana yang ada :).

Harapnya lepas ni boleh meneruskan semula aktiviti menaip, ziarah blog lain dan dapat kenalan baru...InsyaAllah..

Terima kasih pada rakan FB dan blog Sulaman Kasih Lace sebab bagi inspirasi semula..tq Fuza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78