September 29, 2014

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

..Assalamualaikum Semua..


Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blogJINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)..Siap


GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(ada sebulan lagi nak join!! heheheh)
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)


So sudilah kiranya mereka dibawah ini untuk join bersama Sofu ya..

http://fuzamusa.blogspot.com
http://hip2-horey.blogspot.com
http://www.ayuinsyirah.my

September 27, 2014

Lepak Sabtu #1

..Assalamualaikum Semua..
Selalu sangat bila tiba Sabtu dan Ahad Sofu mesti kehabisan idea (mati kutu) untuk menulis - ye la tu setiap hari sebenarnya tak de idea untuk berkarya dan Sabtu & Ahad selalu berjalan ngan family je saya ni..

Terbaca entry Hikayat Seorang Budak berkenaan Lepak Sabtu ni (korang boleh klik utk maklumat lanjut berkaitan dengan Lepak Sabtu ni). .macam best je jadi Sabtu ni dan Sabtu seterusnya akan ada entry Lepak Sabtu dari Sofu sebagai tanda penghargaan pada rakan-rakan blogger yang sudi singgah di blog picisan Sofu ini.

Untuk minggu ni terima kasih pada rakan-rakan blogger dibawah yang sudi singgah dan komen. Pada yang 'touch n go' (singgah sebentar membaca) dan 'smart tag' (sudi scroll bar dan klik iklan). Jom sama-sama singgah ke blog mereka ya..jangan malu-malu ya


http://rainfallasleep.blogspot.com/
http://rosmizaali.blogspot.com/
http://www.sihatitunikmat.com/
http://hidayuayumie.blogspot.com/
http://farhana-mohamad.blogspot.com/
http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/
http://coretancikfafa.blogspot.com/

September 26, 2014

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

..Assalamualaikum buat Semua..


Dapat jemputan dari Ekin di cbox jemputan untuk join segmen dia..

Siapa yg berminat nak join sama...jom ramai-ramai klik banner tu..mudah je kan..:)

Segmen Pencarian Bloglist September by Syahirah Valiant

..Assalamualaikum buat Semua..



Dapat jemputan di cbox oleh Ira...

Hari ni last day..boleh lagi join kot..sebab dapat jemputan dari tuan dia sendiri :)

Collage dari Kapas Putih

..Assalamualaikum buat Semua..

Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 2

Yehaaa...dapat sudah collage dari Miss N untuk Segmen : Malaysiaku dari Kapas Putih semua yang join segmen ni dapat collage yg  Malaysiaku ni..

Khasiat Timun - Ada Tahu?

..Assalamualaikum buat Semua..

1. Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
- Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

2. Membuang Toksin Dari Badan.
- Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

3. Keperluan Vitamin Harian
- Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.

4. Membekalkan Mineral Mesra Kulit
- Timun mengandungi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

5. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
- Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

6. Memulihkan Mata
- Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

7. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
- Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

8. Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

9. Menyihatkan Kuku dan Rambut
- Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

10. Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
- Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

Selamat Datang Zulhijjah

..Assalamualaikum buat Semua..

Jumaat yang barakah..jom sama-sama menambah apa yang kurang 



Moga hari anda semua lebih baik dari semalam :)

September 25, 2014

Pusing-Pusing Bali - Bhg 1

..Assalamualaikum buat Semua..

Entry balik belakang..

Abg : "Department abg dapat gi Bali"
Saya : "Best tu gi Bali..nak ikut (sambil senyum2 manja)
Abg : "Rasa semua gi single tak de yg couple..tapi nanti abg check tengok"
Saya : Berdoa dlm hati je mudah-mudahan dapat follow

Akhirnya...dapat juga sama-sama terbang ke Bali (rasa takut tu ada sebab lepas tragedi MH370 kan)
Berkumpul di Cyberjaya sebelum bergerak ke KLIA..posing 1 kali :)
Terima kasih pada Syed Faizal - patut jadi ketua rombongan tapi dia tak pergi jadi menghantar kami di KLIA je  
Ahli rombongan kali ini...anak-anak memang tak pergi sebab sekolah jadi ummi dengan abah je yang pusing-pusing Bali kali ini.
Yang ni terbaik sporting habis pemain terbaik Malaysia ni...Safee Sali
Pasukan Harimau Malaya masa tu tengah tunggu untuk berlepas ke Singapura
Sempat snap gambar Kapten...jadilah..tapi tak dapat snap pic Mahali Jasuli..
Sebab dah dia dah masuk awal
Sorry abang kena tunggu saya ...semua alatan yang berasaskan besi perlu dibuka/dikeluarkan dari beg dan letak dalam converyor masa time pemeriksaan akhir sebelum naik pesawat...tapi saya lambat sebab kasut saya juga jadi mangsa naik converyor bila periksa badan tak de apa2..
Gambar dalam pesawat semua agak bosan sebab menunggu dalam pesawat je sebabnya...

Penerbangan yg sepatutnya mengambil masa 2.5jam bertambah menjadi 4.5jam sebab pesawat tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar Bali. Dijadualkan tiba di Denpasar 3.30ptg tapi setelah berlegar di udara selama 20min juruterbang maklumkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Surabaya disebabkan lapangan terbang Denpasar di tutup selama 2 jam kerana ada kecemasan.

Jadi pesawat terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Juanda Surabaya sambil mengisi semula minyak dan penumpang perlu berada di dalam pesawat sahaja.Lepas dapat kelulusan lapangan terbang denpasar telah dibuka pesawat terbang semula ke Denpasar dari Surabaya yg mengambil masa 40min. Sampai di Ngurah Rai bayangkan la semua pesawat yg patut tiba awal atau saing2 masa kami tiba dalam tempoh masa yg sama dah pasti la urusan imigresen juga lambat...oooohhh tidak perut sudah lapar...
Akhirnya ...Selamat Datang Di Bali - Bandar Udara Bersih dan Rapi
Posing lagi 1 kali..:)
Disebabkan kelewatan tiba semua program petang dan malam telah berubah
Makan di Jimbaran patut hari 2 sebab boleh tengoh matahari terbenam ni sampai tengah malam memang dengar air laut je la sambil mamam..(abg kena gi lagi la ni..)
Bumbu Bali Cafe..makan malam pertama di Bali
Menu BBQ set di Jimbaran..sambal sangat sedapppp
Tiba di hotel jam 10.30malam..proses check in ambil masa juga nasib dapat minum dan tuala basah untuk segarkan muka yang memang dah layu nak cari  bantal je masa nih..
Jam 11.30mlm baru bertemu katil dan dapat la regang-regangkan pinggang....ok Pusing-pusing Bali bermula esok seawal 7.30pagi ya.


Bersambung.......
 

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom ramai2 klik banner di bawah...:) cepat2 sebelum terlambat...

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

September 24, 2014

Wordless Wednesday

..Assalamualaikum buat Semua..


Feeling2 pagi ni sebab hari ke 4 abang outstation walaupun dekat tapi tidak nampak depan mata :) dan jarang-jarang dia outstation lama macam ni...

September 23, 2014

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM




Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



Dunia Magik Mary Kay @ Kuantan

..Assalamualaikum buat Semua..


Kepada wanita-wanita yang berada di Kuantan dan kawasan sekitarnya boleh la singgah bertemu teman-teman saya disini.

Hadiah menarik menanti anda. 

Sahkan kehadiran anda dengan menghantar sms/whatsapp ke no 017-6792319. 

Pastinya anda rugi jika tidak menghadirkan diri dan merasai sendiri produk yang terbaik ini. 

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist

..Assalamualaikum buat Semua..

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist

Jom ramai2 sertai Segmen ni..klik je banner untuk maklumat lanjut

September 22, 2014

Kelas Circuit ke 2 - September

..Assalamualaikum buat Semua..

Sabtu lepas selesai kelas circuit ke 2 untuk September..kali ini ada tambahan dalam alatan yang digunakan berbanding kelas pertama 2 minggu lepas.

Keseluruhan alatan yang digunakan minggu lepas seperti dalam gambar ini termasuk yoga mat. 


Yang ini paling saya suka sebab dah lama mengidam (boleh gitu) kami panggil Cik Mickey


Selesai kelas bulan September. Oktober ada 2 kelas lagi cadangannya kelas Tabata dan Circuit Training juga. Belum pernah mencuba Tabata ni jadi nanti kan entry pasal Tabata ya.

Harapnya semua atlet yg sedang berjuang di bumi Incheon akan pula my dengan kejayaan. :)

Cuti Oh Cuti

..Assalamualaikum buat Semua..


Walaupun baru habis 2 hari cuti kerja terasa hendak terus cuti dan cuti dan cuti...tapi apakan daya sabar dulu ya...



Giveaway 2014 Mialiana.com

..Assalamualaikum buat Semua..

Jom ramai-ramai join GA ni...hadiah sangat menarik..


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

September 20, 2014

Segmen : Malaysiaku by Kapas Putih


...Assalamualaikum buat semua...

Malam ni join segmen dari kapas putih. Minggu lepas santai2 di kawasan Pullman Putrajaya dan anak2 posing2 dengan bendera kebanggaan seluruh rakyat Malaysia


Gambar pilihan saya

September 19, 2014

Renungan Petang Jumaat

..Assalamualaikum buat Semua..

Perkongsian dari sahabat di whatsapp petang ini :

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kaju. Secara tidak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamny mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali. Serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat. Ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terkahirnya utnuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati disitu.

Di saat beremosi dan marah. Rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi S.a.w yang bermaksud " Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah "
(HR Bukhari & Muslim)

Jerawat....Oh....Jerawat

Assalamualaikum dan Salam Semua

Jerawat keluar....oh tidak kalau nama ya perempuan harus fobia dengan situasi begini.

Kebiasaannya jerawat selalu berdamping dengan mereka2 yg berminyak kulitnya. Tetapi dengan keadaan persekitaran dan gaya hidup kita sekarang tidak mustahil ianya timbul juga di kulit yang tidak berminyak.

Tertonton video pendek berkaitan ini jadi berkongsi dengan anda disini. Mengikut perubatan traditional Cina wajah adalah cermin pada ke kesihatan kita. Jom kita lihat apa kata dalaman kita bila jerawat ini timbul di dahi, pipi, hiding, kening, dagu dan telinga dan apa yg perlu anda lakukan untuk mengelakkan dari jerawat memunculkan dirinya....Jom terjah mereka..



1. Dahi atas - Sistem Pencernaan

Sebab - Sistem pencernaan susah untuk mencerna/memproses dan akan menyebabkan penambahan toksin dengan pengambilan makanan yang berlebihan.
Solusi - Untuk itu anda perlu lebihkan makanan dan minuman yang tinggi dengan antioksidan seperti teh hijau, air lemon & berries

2. Dahi bawah - Mind & Spirit

Sebab - Selalunya berkaitan dengan cara tidur yang tiba-tiba berubah, Stress & Depression.

Solusi - Lakukan aktiviti yang merehatkan minda anda : menonton wayang, meditasi, SPA.

3. Hidung - Jantung

Sebab - Berkaitan dnegan tekanan darah & Stress juga.
Solusi -  Cari masa untuk tenangkan fikiran anda.

4. Kening - Hati

Sebab - High Fat Diet dan Pengambilan Alkohol yang berlebihan.
Solusi - Wajib meninggalkan Alkohol dan berdiet secara betul jangan main hentam kromo je.

5. Telinga - Buah pinggang

Sebab - Buah pinggang tidak dijaga dengan betul, pengambilan garam dan kaffien yang  berlebihan.
Solusi - Banyakkan pengambilan air kosong untuk mencuci buah pinggang dan harus kurangkan pengambilan garam dan kaffien.

6. Pipi - Paru-paru

Sebab - Alergik, Respiratory Stress, Merokok
Solusi - Tinggalkan Rokok dan elakkan diri berada dia kawasan orang merokok (yg ni saya susah nak elak sebab kat pejabat ni kaki rokok ramai walaupun mereka tahu rokok tu haram masih lagi tidak tinggal)

7. Dagu - Reproductive agent & Buah pinggang

Sebab - Kitaran Haid, Ketidakseimbangan Hormon, Buah Pinggang terlebih bekerja
Solusi - RELAX...........belajar untuk mengawal diri ketika berada di situasi ini


Ok harap dapat menambah ilmu anda hari ini :)

Sayangi la diri anda 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78