November 30, 2014

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom




Assalamualaikum w.b.t.

Sofu buat sticky post sebab Sofu jadi salah Seorang sponsor utk GA ini
Jom support GA Yana ni ya




Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 


Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.

Good Luck!!!


Selamat Hari Jadi
Moga sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah

Kami Makan Kenduri

Asalamualaikum Semua

Hari ini hari makan kenduri kami biasalah bila tiba musim cuti sekolah di hujung tahun ini sudah berderet jemputan di terima minggu lepas sudah bermula tapi gambar sangat tidak memuaskan jadi simpan aje la ya...apapun tahniah buat Nur Jamaiyah Hassan dan Mukmin

Jemputan kenduri di AU 4 Keramat dan di Kelana Jaya


Buah hati pengarang jantung Sofu dan abang ...

Selesai di Keramat gerak ke Kelana Jaya pula gambar pengantin tak de harap maaf sebab 
pengantin tiba seiring sewaktu kami gerak pulang. Nampak dari jauh sahajalah cantik :)

Tiba di Kelana Jaya anak2 layan makan kali kedua Sofu dan abang je makan kuih dan dessert sahaja

Sebelum pulang ini perlu sebab pengantin sampai dah lama hehehe


Sekeluarga tanpa along Maisarah sebab dia yang snap pic


Cadangnya Sofu nak snap pic berdua je tapi si bongsu Nana nak juga menyelit ;)


Ni la dia pasangan Khairul dan Ujie..Khairul officemate Sofu & Ujie pula kenal sebab keje dekat dengan office Sofu juga..Tahniah buat mereka berdua moga berkekalan hingga
ke Jannah...InshaaAllah



CPUV #13 - Old Town White Coffee

..Assalamualaikum Semua..
Pepagi ni masuk ke akaun Nuffnang...
Alhamdulillah ada CPUV yang datan singgah ke blog Sofu




Terima kasih Old Town White Coffee

2 tahun lepas selalu gak lunch disini kalau dah bosan menu sama geng pejabat rajin juga tukar
tukar tempat makan..:) kami selalu ke outlet Kelana Mall..jalan kaki je kami sambil
bersenam sebelum dan selepas makan kan..:)

Tapi sekarang jarang sikit ke sini sebab outlet dah pindah ke Paradigm Mall jadi kalau nak kesana
kena memandu la sikit

Suka juga menu di Old Town ni...
Kaya & Butter Toast Bread, Spicy Tuna Toast, Curry Puff Basket n macam2 lagi

Boleh la singgah di mana2 outlet Oldtown ya untuk menikmati keenakan menu mereka

Dengar khabar mereka ada menu baru moh cuba :)

PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

..Assalamualaikum Semua..

Rajin pula pepagi ni kan...:)
Jap lagi nak bersiap-siap bawa anak keluar - family bonding time gitu



Siapa yang belum join segmen meh klik banner chipmunk yg comel kat atas nun

Support blogger Cik Belbel :)

Saya Nak Template Bloglist

..Assalamualaikum Semua..

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana.................... (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-

  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*

Slogan Sofu

Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ianya mudah dan senang untuk BW, Template Kathy yang mantap tidak boleh dilepaskan. Rugi kalau tidak menang.
     

    Dis 04 Blog List - Maria Firdz

    ..Assalamualaikum Semua..

    Selamat pagi semua...pagi Ahad ada senyuman di sini hehehe

    Minggu lepas join segmen dari blog Maria Firdz 48jam je segmen yang dibuatnya..

    Bila check keputusan lepas 48 jam yahhhhh...nampak tak di situ..bawah sekali tu..
    termasuk juga blog Sofu di situ :)


    Terima kasih Maria Firdz...:) siapa yang belum pernah terjah sudi-sudikan lah terjah ya..
    Jangan malu-malu tau :)

    November 28, 2014

    Kambing Panggang MAHA

    ..Assalamualaikum Semua..


    Petang-petang baru berkesempatan nak bw dan kemaskini entri :)

    Kisah semalam...menu untuk makan malam tak tau nak makan apa dari petang di office
    sudah pening memikir lagi la dengan hidung yang dok soh seh soh seh harus mood
    memasak pun kelaut juga :)

    Pucuk dicita ulam mendatang terbaca dalam geng whatsapp ..

    Member ni suami dia buka gerai kambing panggang di MAHA. 
    Sofu tidak pernah lagi menjejak kaki ke MAHA rasanya hujung minggu ni penutupnya

    Nak dijadikan cerita si isterinya aka geng whatsapp bercuti dan menolong suami jadi
    apa lagi masuk order sikit dah alang-alang dia nak balik ke rumah kan..depa ni memang
    ternak kambing sendiri dan katering kambing golek ni

    Jadi ini dia menunya semalam kambing panggang + salad sekali jadi menu 
    makan malam kami semalam


    Potato Salad, Sos Lada Hitam , Salad & Kambing Panggang


    Siap sedia semua...:)


    Selesai sudah.....hehehehe

    Sesiapa yang ke MAHA tu boleh la singgah ke KZ Farm Roast & Grill (LV 6-10) untuk merasa
    keenakan kambing panggang ini..sos dia sangat sedappppp....




    November 26, 2014

    Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

    ..Assalamualaikum Semua..

    Hai semua blogger! 

    seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

    jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

    bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
    KLIK banner di atas untuk sertai.

    OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
    tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
    saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
    hehehe

    3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
    (sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


    JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


    jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
    di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

    babai.

    NNPremiereScreening - Horibble Bosses 2

    ..Assalamualaikum Semua..

    Semalam ke TGV One Utama untuk NNPremiereScreening filem Horibble Bosses 2
    Tak sangka dapat 2 tiket ke sini. Saja cuba-cuba nasib mana la tahu kot-kot
    rezeki dapat sepasang tiket menonton dengan abang. Banyak kali nak join tapi macam
    takut-takut je...pertama kali join terus dapat :)

    Jadi rezeki berpihak juga ke OU semalam dengan abang dengan hujan dan jalan
    yang sesak semalam Alhamdulilah tiba juga di OU untuk tebus tiket dan menonton terus


    Abang pesan "Kalau abang tertidur Yang tengok je nanti dah habis kejut abang". Tapi nampaknya
    sampai citer tu habis dia tidak tidur jadi maknanya apa di situ...hehehehe

    Bagi saya cerita santai sebenarnya...tak berat sangat tapi pembawakan watak Kurt dan Dale 
    memang buat saya geram aje.. Nick ala-ala ketua bertindak cool aje. 
    Kalau korang nak tahu kenapa saya geram dengan Kurt & Dale gi la menonton filem ni ya

    Walaupun santai tapi ada isi yang hendak disampaikan...

    Untuk menjadi ketua a.k.a bos :

    1. Jangan terlalu lurus bendul 
    2. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji kosong 
    3. Penuh kan dada dengan ilmu 

    Rahsia : Bos abang saya datang juga menonton filem ini rupanya...cuma bos dia tak perasan
    akan kehadirannya sebab kami dapat seat depan nun & bos dapat seat atas


    Terima kasih Nuffnang & TGV yang menaja :)

    November 25, 2014

    CPUV #11 - Altel Digital Campaign dan #12 - Mah Sing - Avenue Street

    ..Assalamualaikum Semua..


    Alhamdulillah...terima kasih Nuffnang



    Walaupun bercuti agak lama...huhuhu sangat-sangat kesibukan hujung tahun gini
    masih juga sudi bagi CPUV tak lupa pada penaja juga :)

    Altel Digital Campaign

    dan

    Mah Sing-Avenue Street

    Sudi-sudikan lah klik-klik banner di blog semasa anda menyinggah ya..

    Terima kasih banyak-banyak

    Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam

    ..Assalamualaikum Semua..


    Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
    15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love... 

    Syarat-syarat Penyertaan:

    1. Follow Blog Maria Firdz
    2. Add G+ +Maria Firdz 
    3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
    4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
    5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

    Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.


    Jom support segmen ringkas ini...



    November 20, 2014

    CPUV #9 Inti 2015 Cycle 1 Degree & CPUV #10 Clinique Sonic System

    ..Assalamualaikum Semua..

    Alhamdulillah..ada juga yang menyinggah walaupun bercuti 3-4 hari
    menaip atau blogwalking...tersangat la sibuk sekarang ni



    Jutaaan terima kasih buat penaja dibawah :

    CPUV #9 - Inti 2015 Cycle 1 Degree 



    Sebut sahaja perkataan Inti pasti anda sudah terbayangkan kolej yang terkenal ini
    iaitu Inti International Universiti & Colleges.

    Calon-calon SPM dan STPM boleh la singgah dan lihat-lihat program yang 
    ditawarkan oleh mereka. Mana tahu mungkin ada program yang menarik minat anda 


    CPUV #10 Clinique Sonic System

    CPUV baru masuk semalam dan Sofu masih belum melihat iklan berarak masuk ke blog
    buat masa ini. 


    Akhir sekali jutaan terima kasih buat semua yang sudi klik pada iklan 
    yang singgah di blog Sofu ini....muahmuahmuah



    Segmen Blogwalking Sampai Penat

    ..Assalamualaikum Semua..


    Sofu kembali hehehe...sibuk bebenor ke Sofu oiii...hehehe

    Hari ini join segmen kita..jom sapa belum lagi tu boleh la klik banner nun di atas

    November 17, 2014

    Menang Giveaway Bugslock by Mialiana

    ..Assalamualaikum Semua..

    Alhamdulillah...rezeki lagi..semalam Mamaniza pagi ini Mialiana pula


    Pengumuman penuh boleh baca entri Mialiana ...klik banner di atas :)

    Blogger terkenal Mialiana telah menganjurkan satu GA pada minggu lepas mulai 
    10/11/14 - 14/11/14 dan pengumuman pemenang telah dibuat pada hari ini.

    Tak sangka entri yang dihantar untuk sertai GA ini telah berjaya.
    Entri Sofu boleh di baca di SINI

    Pada awalnya Mia dan penganjur MalaysiaBugslock hanya memilik 30 pemenang
    tetapi masa pengumuman dibuat ada penambahan 4 lagi..jadi ada lagi
    yang berpeluang merebut Gelang Penghalau Nyamuk ini.

    Nanti Sofu akan buat entri khas berkenaan Bugslock ini selepas mencubanya
    Nantikan entrinya 

    Terima kasih Mia & Malaysia Bugslock




    Menang Giveaway by Mamaniza

    ..Assalamualaikum Semua..


    Patut kemaskini entri ni semalam tapi tak sempat kita kemaskini pagi ni ya.
    Terima kasih pada Mamaniza yang menganjurkan GA ni
    Alhamdulillah nama tersenarai sebagai pemenang disitu..1st time menang GA Mamaniza ni :)


    Tahniah pada pemenang-pemenang yang lain juga

    Segmen : Blog Review By Parihh

    ..Assalamualaikum Semua..


    blog review, segmen blog review, segmen blog review by parihh, blog review by parihh

    Minggu baru bermula...hari ini dimulakan dengan join segmen adik Parihh ni..

    Siapa-siapa yang belum lagi tu jom klik banner di atas segera

    November 14, 2014

    Mungkin Sudah Rezeki Dia

    ..Assalamualaikum Semua..

    Kisah si bongsu Hanis Sabrina 

    Selasa 
     
    Tengah santai-santai tiba-tiba Nana datang dan maklum yang dia jadi calon untuk
    Pengawas Pusat Sumber esok ada sesi temuduga katanya (kecil dah masuk temuduga
    apa la soalan yang cikgu nak tanya tu ya)

    Ummi hanya mampu ucapkan moga berjaya jika dapat maknya menyambung legasi 
    along Maisarah nampaknya.

    Rabu

    Masuk rumah saja terus Sabrina maklumkan yang dia tidak berjaya untuk sesi
    temuduga hari ini. 

    Ummi : Apa soalan yang cikgu tanya?

    Nana : Cikgu tak tanya apa pun...tanya exam dapat no berapa je 
    ada 6 orang calon 4 orang dapat nana dan kawan nana je tak dapat

    Ummi : Laaa ye ke...x pe la..bukan rezeki Nana la tu tak pe la

    Khamis

    Baru turun dari kereta untuk buka pintu pagar. Nana kelam kabut berlari arah kereta.
    Ingatkan apa...rupanya....

    Nana : Ummi..ummi (tercungap-cungap)...Nana ada berita gembira ni (ayat skema kan)
    Tapi tunggu Nana hantar air kat abang ngah dulu

    Apa la berita tu...kalau keputusan periksa ummi sudah tahu sebab guna online je 

    Selesai solat asar...terus ditunjukkan ini


    Nana : Nana dapat ummi, cikgu bagi petang tadi dah suruh hantar balik esok dengan
    duit RM30 tau untuk vest Nana...blaa...blaa...blaa
    (bercerita dengan penuh perasaan kegembiraan hihihi)


    Alhamdulillah....kalau sudah rezeki dia milik dia juga la
    Jadi tunggu penampilan Sabrina ke sekolah tahun depan ya


    Cabaran November #1 - #11 11 Sikap Yang Dibenci

    ..Assalamualaikum Semua..

    http://3.bp.blogspot.com/--n7TdlD0mpk/VFRva30aocI/AAAAAAAAKT0/PtxRMDrguPU/s1600/CABARAN%2BNOV%2B1.png

    Akhirnya tiba juga ke penghujung cabaran #1 ini..:)

    11 Sikap Yang Dibenci

    1. Penipu
    2. Sombong
    3. Tikam Belakang
    4. Kurang ajar
    5. Mencuri
    6. Cakap Besar
    7. Ego
    8. Hipokrit
    9. Suka Mungkir Janji
    10. Panas Baran
    11. Talam Dua Muka


    Akhirnya selesai cabaran #1 nih..:)

    Cabaran November #1 : #1 - 11 Tempat Yang Ingin Di Lawati Di Malaysia
    Cabaran November #1 : #2 - 11 Tempat Yang Ingin Di Lawati Di Dunia
    Cabaran November #1 : #3 - 11 Nama Yang Disukai
    Cabaran November #1 : #4 - 11 Buah Filem Yang Digemari
    Cabaran November #1 : #5 - 11 Orang Artis Yang Diminati
    Cabaran November #1 : #6 - 11 Jenis Buah Yang Disukai
    Cabaran November #1 : #7 - 11 Buah Belog Yang Selalu Disinggahi
    Cabaran November # : #8 - 11 Petikan Quote Yang Membawa Erti
    Cabaran November #1 :#9 - 11 Buah Novel Yang Ingin Dibaca
    Cabaran November #1 : #10 11 Jenis Bungya Yang Disukai

    November 13, 2014

    Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

    ..Assalamualaikum Semua..


    SEGMEN TAMAT : 16 NOVEMBER 2014

    Jom ramai-ramai join GA cik Siti kita ni..klik je banner kat atas tu

    November 12, 2014

    Pusing-Pusing Bali 4 - Tanah Lot & Pura Taman Ayun

    ..Assalamualaikum Semua..

    Usha-usha draf entri ternampak tajuk ini...alaaaaa...ni part last lupa pula nak up hari tu

    Hari terakhir sebelum berangkat balik ke Malaysia pastinya tempat ni mesti
    menjadi kunjungan pelancong yang melancong ke Bali.

    Tanah Lot

    Kata tour guide kami...kalau hendak membeli cenderamata disini la tempatnya
    Ada lebih kurang 400 kedai di sepanjang jalan menuju ke tanah lot

    Tiket perlu untuk masuk hehehe


    Pintu gerbang 

    Pura = Kuil

    Salah satu pura yang terdapat di sini..kalau air tidak pasang kami boleh ke kawasan ini.

    Pura yang sama dari jarak jauh..

    Gambar kumpulan harus ada...matahari tengah panas lit-lit masa ni..:)







    Disini cantik juga pemandangannya




    Mengabadikan kenangan kami berdua chewahhh...:)

    Sebahagian daripada deretan kedai yang ada...jenuh keluar masuk kedai kami berdua

    Sebahagian daripada ahli rombongan yang selesai pusing-pusing dan beli belah..

    Pura Taman Aman

    Sepatutnya kami ke Ubud selepas ke Tanah Lot tapi disebabkan keadaan jalan yang sangat
    macet dan jadual kami yang agak padat menghalang kami untuk sampai ke Ubud. 
    Dan kami terpaksa menandatangani surat pengakuan mengubah jadual oleh tour guide takut
    dia kena marah pandai-pandai tukar jadual kan..:)

    Akhirnya kami tiba di sini pula..(tak termasuk dalam jadual wisata ini)

    Suka betul tengok langit yang biru ini




    Jadi berkahir lah sudah entri pusing-pusing bali Sofu & suami :)

    Terima kasih pada yang sudi membaca/singgah sini :)

    Entri pusing-pusing Bali yang lepas



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78