September 20, 2011
Makluman...
January 14, 2011
BEAUTY WORKSHOP - PETALING JAYA
Tarikh: 23 Jan 2011 (Ahad)
Masa: 10.00am
Tempat: Mary Kay Office, Jaya 33 PJ
Fees: RM5 (For refreshment)
Berminat sila hubungi/sms 017-6792319 utk tempahan tiket..
TEMPAT TERHAD..
CEPAT!!!! CEPAT!!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT....
Segala peralatan disediakan..
SOFU
MARY KAY INDEPENDENT
BEAUTY CONSULTANT
January 10, 2011
Anak-Anak Mula Sekolah - Part 1
Walaupun dah 10 hari nk juga update pasal hari pertama anak2 ke sekolah..
Tahun ni semua anak2 4 org tu ke sekolah - 3 org ke sekolah rendah dan 1 org ke tadika..sunyi la helper kt rmh cam gitu...
Kedua2nya ke tahun 4 bagi tahun 2011...masih lagi bersama cuma kelas je yg lain...Sarah masih kekal sebagai Pengawas Pusat Sumber sebab tu baju pink setiap hari ..ummi suker...kaler pink dia pun sama.. Jadi utk anak dara & anak teruna ummi moga berjaya dlm pelajaran tahun 2011 ya..ummi sentiasa mendoakan kejayaan anda berdua.
January 07, 2011
Siapa Pengganti????
Dari kecik memang sudah serasi mendengar suara ini mengumumkan hari yang penting i.e Hari Raya Aidilfitri & Edul Adha...rupa2nya ni la kali terakhir kita akan dengan suara ini..untuk raya tahun 2011 agak2 muka & suara siapa yg kita akan lihat & dengar utk mengumumkan hari penting ini..
KUALA LUMPUR, 6 Jan – Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara esok.
Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok kepada Bernama hari ini, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas.
Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Jan, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. – Bernama