February 12, 2015

Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia...

..Assalamualaikum Semua..

Benar sungguh bidalan orang tua-tua

Tuah Ayam Nampak di Kaki Tuah Manusia Siapa Yang Tahu

james-robertson
DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).

“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.

Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.

Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi




11 comments:

  1. Wah, rezeki besar tu. Jauh tu berjln 32km sehari!

    ReplyDelete
  2. Yes. Rezeki dia.
    Allah tu Maha Adil :-)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah memang rezeki.. tabahnya dia berjalan kaki hari2..
    isk.. ni rasa terpukul ni.. kat malaysia ni cabaran sikit rasa nak give up da
    merujuk diri sendiri T.T

    ReplyDelete
  4. Dia manusia yg kuat berusaha. Tuah dia :)

    ReplyDelete
  5. 32km jalan kaki..kalau JM 2 jam belum tentu sampai..gigih betul...so mmg bertuah lah

    ReplyDelete
  6. meremang satt bace entry nie
    bertuah dia..
    yela 32km bknnye dekat tuu
    kalau naik moro sekali pon trase jaohnye tauu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78