DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.
Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).
Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.
Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).
“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.
Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.
Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi

rezki terpijak:)
ReplyDeleterezeki dia kan...bestnya
ReplyDeleteWah, rezeki besar tu. Jauh tu berjln 32km sehari!
ReplyDeleterezeki dia... ^_^
ReplyDeleteYes. Rezeki dia.
ReplyDeleteAllah tu Maha Adil :-)
Ya Allah memang rezeki.. tabahnya dia berjalan kaki hari2..
ReplyDeleteisk.. ni rasa terpukul ni.. kat malaysia ni cabaran sikit rasa nak give up da
merujuk diri sendiri T.T
Untungnya dia..
ReplyDeleteDia manusia yg kuat berusaha. Tuah dia :)
ReplyDeleteMmg betul bertuah..
ReplyDelete32km jalan kaki..kalau JM 2 jam belum tentu sampai..gigih betul...so mmg bertuah lah
ReplyDeletemeremang satt bace entry nie
ReplyDeletebertuah dia..
yela 32km bknnye dekat tuu
kalau naik moro sekali pon trase jaohnye tauu