September 09, 2014

Kelas Circuit Training

Assalamualaikum...




Bukan senang nak kurus dik non...tapi sekarang bukan saja misi nak kurus tapi nak sihat

Petang ini saya hendak bercerita berkenaan sesi Circuit Training yang saya join Sabtu lepas

Selalu layan aerobik, aero dance, zumba, body toning dan lain-lain.

Instructor yang datang jauh dari Seremban ini pun kenalan kami juga di Rafflesia - Nadia Rahim. Nadia juga bermula di Rafflesia juga sebelum berpindah ke Seremban dan meningkatkan diri ke satu tahap lagi iaitu sebagai Instructor. Tapi memang cemburu tengok dia sekarang (bukan sekarang je dari dulu lagi cemburu sebenarnya :)..memang gila aerobik Nadia ni..sanggup sehari 3 kelas dia balun masa di sini...kalu ada 4 kelas memang dia sanggup turun juga.

Sampai je tengok kelas dah ready dengan stesen2 tertentu..ada stepboard, yoga mat, band, dumbell, bar bell dan tali skipping..camna la rupa 'circuit training' hari ini ya...

Kelas bermula dengan sesi memanaskan badan..yang ni ok bagi saya..step-step biasa masa kelas dengan kak Azleen...

Abis sesi warming up..dalm 10min mula Nadia minta semua pilih mana-mana stesen yang nak mula dulu. Jadi ni la stesen saya mulakan :


1. 4kg dumbell - Cat walk 2 min


2. Step board - 2 minit

3. Crunches dengan weight plate - 2 minit
4. Band - 2 minit


5. Posisi plank sambil kaki dibuka dan ditutup (kaki atas stepboard) - 2 minit



6. Spiderweb (merangkak ala2 Spiderman gitu) - 2 minit

7. Squat dengan dumbell 3kg - 2 minit

8. Skipping - 2 minit

9. Abs Roller - 2 minit







10. Bar bell - 2 minit


11. Lompat cross kanan dan kiri yoga mat - 2 minit


Majulah sukan untuk negara :)..



Posing sama Nadia Rahim...

Lepas tu ke SR utk celebrate birthday Liza ni..




Sofu Hashim
14 Zulkaedah 1435H


4 comments:

  1. Whoaaa pawer-pawer, pasni katanglah sofu haha

    tp sesekali workout mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Teja...sesekali layan circuit traning ni best gak..
      Lari la skit dari zumba & aerobik tu..:)

      Delete
  2. kak rajinnya... KM ni ntah bila nak start... bagai di pam2 lepas raya tau huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KM akak pun lepas raya naik skit so..apa lagi..misi kurangkan mana patut terus bermula.
      Mula dulu KM mesti seronok lagi2 dpt geng yg best kan.

      Delete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78