December 09, 2014

Review : Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

..Assalamualaikum Semua..
Pemenang sudah diumum di SINI dan sekarang tibalah masa untuk review produk pula

Barang telah selamat diterima 26 November yang lepas


Sehari selepas diumumkan Sofu sebagai salah seorang pemenang di blog Mia petang 
selepas balik dari kerja sudah kelihatan van dan lori dari Kementerian Kesihatan sudah
bersedia di hujung jalan masuk lorong rumah.

Selesai solat Asar kedengaran siren dan pengumuman yang aktiviti semburan atau 'fogging'
akan dijalankan dan semua penduduk diminta untuk membuka pintu agar penyembur dapat masuk 
ke dalam rumah juga bukan hanya luar rumah saja.

Rumah jiran Sofu

Penyembur mula masuk ke kawasan rumah

Kepulan asap sudah mula merebak dan masuk juga ke dalam rumah

Banner ini juga sentiasa diingati oleh Sofu bila keluar simpang untuk ke pejabat
Ini salah satu cara untuk kita menghidarkan diri dari sebarang masalah 
berkaitan dengan nyamuk aedes ini.


Dan Sofu rasa satu lagi cara untuk mengelakkan diri adalah dengan penggunaan
Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini

Walaupun kediaman kita sudah dibersihkan sekelilingnya, pasti ada rumah jiran yang tidak bukan,
Untuk itu kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan keluarga juga agar terhindar
dari ancaman nyamuk aedes yang merbahaya dengan menggunakan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Sebabkan Sofu yang menang harus la Sofu yang menggunakannya kan :)
Selalunya bila tiba waktu tengah malam pasti bunyi nyamuk tergiang-giang sahaja di tepi
telinga...adoila nyamuk kacau daun betul Sofu nak tidur nih

Bila buka terus bau satu bilik..pakai dan terus tidur maaf gambar Sofu pakai gelang
tidak ada ya sebab dah lelap sapa pula yang nak tangkapkan..:) Memang berkesan sebab 
sedar-sedar sudah azan Subuh gembiranya hati sebab tidur Sofu tidak diganggu malam tadi

Lepas sudah guna gelang dimasukkan semula di dalam bekas untuk diguna semula.
Bila masuk bilik selepas tiba dari pejabat petang itu, masih berbau lagi bilik Sofu
Ini sudah bagus tidak pakai pun bau aromatic masih boleh menghalau nyamuk tanggapan Sofu

Ramalan ku benar belaka...macam rangkap lagu pula kan...
Malam itu tidur Sofu juga tidak diganggu. Bau aromatic telah menyelamatkan Sofu 
dari gangguan si nyamuk. Tahan 2 hari juga bau tu.

Minggu lepas orang Jabatan Kesihatan datang lagi kali ini dimaklumkan kawasan Sofu memang 
sangat kritikal sebab sudah ada 15 kes denggi dan mereka akan buat pemeriksaan dari rumah
ke rumah. Alhamdulillah rumah Sofu selamat bebas dari jentik-jentik selepas 
pemeriksaan dilakukan.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Mia Liana sebab menganjurkan Segmen ini
dan pada penaja Bugslock Malaysia - X Cube Enterprise kerana mengeluarkan produk yang sangat selaamt, berkesan dan efektif ini

Pastikan beli yang ORIGINAL seperti gambar di atas sekali tu ya

9 comments:

  1. memang nampak keberkesanannya ya

    ReplyDelete
  2. Mencegah lebih baik dari merawat

    ReplyDelete
  3. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  4. Review yang menarik :). Jom Blogwalking <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    ReplyDelete
  5. best ni kalau dapat satu heheh..
    tido nyenyak..

    ReplyDelete
  6. nasib baik umah JM x de nyamuk jika tak mmg tidur terganggu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78