August 31, 2014

Merdeka....Merdeka....Merdeka

Assalamualaikuam

Pagi-pagi ni nak buat ucapan khas untuk Negara ku tercinta..

WAJIB la cinta kan..lahir, bersekolah, membesar, bekerja, berkahwin, berkeluarga & berumah tangga di sini


Tengok pada tema tahun ini terus teringat dengan Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, lagu WARISAN akan yang sentiasa berkumandang bila tiba bulan Kemerdekaan ini.

Kalau masa saya kecil dahulu, pagi-pagi dah tercongok depan TV nak tengok acara perbarisan. Dalam banyak2 kontingen yang sertai perbarisan pasti kontingen Mini Parlimen yang ditunggu2. Segak saja adik-adik tu beruniform ahli parlimen dengan diketuai oleh Pakcik Jamal :) program Mini Parlimen lepas habis siaran langsung perbarisan ini pun sentiasa ditunggu..ok saya tersenyum sendiri sekarang bila teringat kembali nih


Sekarang masih lagi menonton dari TV alahai entah bila la berpeluang tengok secara langsung disana :) (kata cinta Negara kan tapi haram jejak kami ke sana) belum ada rezeki la tu.

Zaman pun dah berubah kan...saya rasa sambutan di sekolah-sekolah bila tiba bulan kemerdekaan ini sangat mengujakan saya berbanding masa saya bersekolah dahulu. Terlihat di status FB rakan-rakan guru yang menyambut dengan penuh kecintaan kepada Negara harus membuatkan anak-anak zaman ini teruja untuk kembali ke era 50-an kan.

Teringat masa pergi beraya minggu lepas di rumah sahabat, terdengan nyanyian lagu Warisan dari dalam van sekolah oleh anak-anak yang pulang dari sekolah dengan penuh semangat.


Semoga Malaysia terus maju dan berjaya. 

Jangan lupa titipkan doa selepas solat anda buat Negara agar sentiasa dalam aman dan damai dan dihindari dari segala sengketa atau perperangan.

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA



p/s : Berimpian juga untuk dapatkan anak Merdeka dalam keluarga tapi masih belum tercapai :)


Sofu Hashim
3 Zulkaedah 1435H

1 comment:

  1. Salam, jemput join GA di bawah. Seriously hadiah dia semua superb2. Memang rugi kalau tak join.

    http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/08/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78