September 04, 2014

Hadiah Terbaik

Assalamualaikum...

Khamis yg tenang menjelma kembali (walaupun sesak di highway cuma hari ni kurang sikit sesaknya tu pun sebab ada kereta sebiji yang rosak) harapnya hari korang juga macam saya ya..

Semalam terima satu pesanan di whatsapp yang saya nak kongsi dengan korang semua..

Hadiah mesti korang suka kan...lebih-lebih lagi kalau hadiah tu PERCUMA...lompat2 skit..

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang yang ada.



 

Hadiah Terbaik Untuk Sahabat Adalah Doa 

 Hadiah Terbaik Untuk Seorang Musuh Adalah Kemaafan

 Hadiah Terbaik Untuk Seorang Guru Adalah Kejayaan

 Hadiah Terbaik Untuk Murid Adalah Tauladan

 Hadiah Terbaik Untuk Sebuah Kehidupan Adalah Kasih Sayang

 Hadiah Terbaik Untuk Sebuah Kematian Adalah Al-Fatihah

 Hadiah Terbaik Untuk Ibubapa Adalah Kebaktian

 Hadiah Terbaik Untuk Isteri Adalah Penghargaan

Hadiah Terbaik Untuk Suami Adalah Kesetiaan


Hadiah Terbaik Untuk Anak Adalah Pendidikan


Hadiah Terbaik Untuk Diri Sendiri Adalah Kejujuran


Hadiah Terbaik Untuk Orang Yang Tidak Dikenali Adalah Senyuman


Hadiah Terbaik Untuk Rasulallah Adalah Selawat


Hadiah Terbaik Untuk Allah Adalah Ketaqwaan


Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok...InsyaAllah..





Sofu Hashim

9 Zulkaedah 1435H

3 comments:

  1. Terima kasih untuk hadiah peringatan ini :)

    ReplyDelete
  2. betul tu kak... perkongsian yang sgt menarik.. terima kasihh untuk hadiahh yang akak bg dekat syaz... hihi.. terima kasih bebanyakkk :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78