Assalamualaikum...
Bukan senang nak kurus dik non...tapi sekarang bukan saja misi nak kurus tapi nak sihat
Petang ini saya hendak bercerita berkenaan sesi Circuit Training yang saya join Sabtu lepas
Selalu layan aerobik, aero dance, zumba, body toning dan lain-lain.
Instructor yang datang jauh dari Seremban ini pun kenalan kami juga di Rafflesia - Nadia Rahim. Nadia juga bermula di Rafflesia juga sebelum berpindah ke Seremban dan meningkatkan diri ke satu tahap lagi iaitu sebagai Instructor. Tapi memang cemburu tengok dia sekarang (bukan sekarang je dari dulu lagi cemburu sebenarnya :)..memang gila aerobik Nadia ni..sanggup sehari 3 kelas dia balun masa di sini...kalu ada 4 kelas memang dia sanggup turun juga.
Sampai je tengok kelas dah ready dengan stesen2 tertentu..ada stepboard, yoga mat, band, dumbell, bar bell dan tali skipping..camna la rupa 'circuit training' hari ini ya...
Kelas bermula dengan sesi memanaskan badan..yang ni ok bagi saya..step-step biasa masa kelas dengan kak Azleen...
Abis sesi warming up..dalm 10min mula Nadia minta semua pilih mana-mana stesen yang nak mula dulu. Jadi ni la stesen saya mulakan :
1. 4kg dumbell - Cat walk 2 min
2. Step board - 2 minit
3. Crunches dengan weight plate - 2 minit
5. Posisi plank sambil kaki dibuka dan ditutup (kaki atas stepboard) - 2 minit
6. Spiderweb (merangkak ala2 Spiderman gitu) - 2 minit
7. Squat dengan dumbell 3kg - 2 minit
8. Skipping - 2 minit
9. Abs Roller - 2 minit
10. Bar bell - 2 minit
11. Lompat cross kanan dan kiri yoga mat - 2 minit
Majulah sukan untuk negara :)..
Sofu Hashim
14 Zulkaedah 1435H
Whoaaa pawer-pawer, pasni katanglah sofu haha
ReplyDeletetp sesekali workout mmg best
Memang pun Teja...sesekali layan circuit traning ni best gak..
DeleteLari la skit dari zumba & aerobik tu..:)
kak rajinnya... KM ni ntah bila nak start... bagai di pam2 lepas raya tau huhu..
ReplyDeleteKM akak pun lepas raya naik skit so..apa lagi..misi kurangkan mana patut terus bermula.
DeleteMula dulu KM mesti seronok lagi2 dpt geng yg best kan.