October 12, 2014

Tragedi Oktober - Malam Raya

..Assalamualaikum Semua..

Masa entri yang lepas ada Sofu cerita pasal anak bongsu yg terkepit jari di pintu..bukan pintu biasa pintu tu jenis solid wood pasti tebalkan. 

Semasa kejadian Sofu dan abang ke Giant depan rumah abang ipar je beli barang sikit. Sampai depan pintu rumah dengar Nana menangis sedu sedan dan jari yg berdarah sikit sedang direndam dalam mangkuk ais.

Tips : untuk berhentikan darah dan elak dia membengkak tuam/rendam dengan ais - doktor cakap bagus dengan tindakan awal yg anak buah Sofu buat tu

Sampai di klinik orang tengah ramai juga jadi minta dekat jururawat klinik untuk cepatkan giliran kami sebab tak tahan tengok Nana asyik  menangis je..

Sambil nangis sempat gak bertanya :
"Nanti kena injection tak? Nana takut.."
"Macam mana Nana nak menulis nanti..Nana nak exam nanti"
"Macam mana Nana nak makan nak solat"

Dapat je jumpa doktor Nana dah cuak baru pegang jari mula tangisan jadi kuat. Sebabkan darah beku masih tak keluar habis doktor buat keputusan untuk tores sikit jarinya supaya bengkak cepat susut

Gambar bawah sehari selepas kejadian sebab kena cuci kesan luka tu

Nana redha je


Darah sudah berkurangan


Nampak tak kecuakan Nana masa misi nak balut jari tu


Di balut untuk elak kena air doktor takut bernanah


Rawatan dengan krim Herbal Blend Shaklee

2 hari pergi sekolah berbalut juga la jari tu malu katanya kalau kawan-kawan tengok

Alhamdulillah sekarang sudah tidak balut lagi jarinya..bekas luka pun dah kering :)

15 comments:

  1. aduhai mcm mn lah tu leh jd..sy plak seriau dgr doc nk toreh..dia x nangis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mila..tu la main2 dengan kakak dia..doc cakap dlm BI so nana x paham ummi & abah je paham..muka memang tekap kat bahu ummi je..nangis sampai abis balut..tp dah spray ubat kebas tak terasa kesan toreh skit tu rasanya

      Delete
  2. Alhamdulillah. Strong girl nana.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Budak bijak sangat camni la gayanya..
      Ni 2nd time yg 1st time admitted hospital gak la semalam

      Delete
  4. alahhh kalau kene kt ayu pon nak menangis...
    ni lagi nana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Ayu...k Sofu tengok pun terus tergamam masa mula2 tu..

      Delete
  5. Kita yang besar ni pun rasa sakit, apatah lagi anak-anak kecil. Dengan pengalaman ni moga Nana jadi lebih kuat. Insha-Allah.. =)

    ReplyDelete
  6. aduhai..pedih tu...

    ReplyDelete
  7. Tips yang baik...kalau luka selalu basuh dengan air dulu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78