Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

April 27, 2015

Rombongan Kak Jemah ke Kota Bharu - Bhg 1

..Assalamualaikum Semua..
Entri balik belakang
Banyak entri throwback sebenarnya dalam senarai tapi yang ini rasanya kena naik dulu
walaupun ada lagi yang lama dalam senarai..sabar ya yang lain-lain tu

Sebelum Misi Tercapai

Hari Selasa (tarikh lupa sudah) malas sikit nak scroll dalam Whatsapp

Z : Jom gi KB tiket murah weiii...
L : jom dah lama teringin...sapa nak saya boleh belikan tiket dulu
E : nak follow
S : follow juga..esok confirm balik
A : teringin juga nanti minta approval ya
L : saya macam A nanti update lain
H : tak dapat follow anniversary time tu hehe
K :.....teringin juga.......
E : Ok I tunggu kat sini follow dari KB ja

Lepas 2 hari....

Rupanya yang diidam dan dirancang menjadi realiti juga..
L : ok confirm 7 tiket dah beli..cuma kak K je beli sendiri
Z,S,A,E,K :.....Cayalah..akhirnya jadi realiti...
Ahli rombongan kak Jemah ke KB kali ini :

Kak Zaida, Sofu, Eda & Kak Awa
Lynn, Kakcik, Kak Kiss & Kak Ain

Jadi tunggu je la 11 April tiba untuk kami meneruskan misi...
Makan, Shopping, Makan, Makan, Makan dan Makan....

Nak gi semalam ja tak pe la lepas aerobik baru kemas beg kan..
Sampai rumah terus kemas...laa x sedar dah kol 12.30..
Aduss....jam 4pg nak kena bangun balik flight kol 6.20pg jadi pastinya jam 5 kena ada
di Subang Skypark subuh disana kan...

Sebab excited nak berombongan naik kapal terbang lagi tu...tidur pun tak berapa
nak lelap sangat. Pukul 3.30pg sudah siap masuk bilik air takut kena tinggal dengan Kak Awa
(suami dia akan hantar kami ke airport) bermula la episod whatsapp yang berderet dia awal pagi...memang tak boleh tahan macam-macam insiden dalam whatsapp tu...
kejut orang, call orang, sampai rumah call orang tak jawab bila dah gerak rupanya
orang tu dah sampai rumah kak Awa pula hehehe...yang tertinggal IC pun ada tu
senario kereta lagi satu...tapi apapun semua selamat sampai ke Skypark sebelum Subuh.

Alhamdulillah Lynn Hassan bawa bekal kek yang sangat gebu...

Tiba di KB jam 7.15pagi...hirup udara pagi di KB kami ber 8 pagi tu.
Terus ke tempat sewa kereta Hawk Car Rental. Lynn dah tempah awal sebab takut nanti
sampai kereta tidak ada pula.

Dapat 2 biji kereta Pesona murah je sewanya RM130/sehari..
Jadi dapat sahaja kereta misi pertama dimulakan ke Kopitiam Kita...sarapan pagi


Kopitiam Kita
Taman Desa Jaya, 
4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 
15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Kopitiam ini memang menjadi tumpuan rupanya meja di kopitiam ini pantang kosong
pasti sahaja diisi selepas itu.
Menu jangan cakap lama...bermacam jenis nasi boleh didapati disini

Lebih daripada 15 jenis pilihan nasi boleh didapati disini

Menu pilihan Sofu pastinya yang sudah lama diidam 
Roti Titab

Seterusnya....
Nasi Dagang Ikan..tang VIP tu tak pasti maksudnya

Menu geng lain ....ada Nasi Tupe, Nasi Berlauk Air Dingin, Nasi Dagang Ikan
Kuih muih tempatan....meriah kannn..

Kak Awa senyum lebar dapat merasa kuih muih tempatan

Nasi tupe pilihan kak Awa

Rezeki kami sarapan pagi ditaja oleh Kak Aini
Sudah kenyang apa lagi....misi seterusnya...shoppinggggggg
Destinasi yang dituju adalah pasar yang paling terkenal di Kota Bharu pastinya

Pasar Besar Siti Khadijah..
Pusing-pusing tingkat atas dahulu bahagian pakaian wanita wajibla kan. Kemudian baru turun 
kebawah untuk beli rempah, keropok dan serunding.

Suasana bahagian bawah dalam pasar...meriah bukan

Yang penting signboard tu...senang nanti kalau nak buat tempahan boleh
call no tu dan dia boleh uruskan penghantaran melalui pos :)

Mereka pun nak abadikan kenangan juga :) Selesai di kedai serunding kami
ke bahagian rempah ratus...singgah di Kedai Rempah Mek Nah kalau tak silap
tapi gambar lupa la nak snap tangan dah penuh dah kiri kanan
Sempat juga rembat rempah kuzi kat situ nak masak alamak bila ya...
Cuti hujung minggu ni la kita cuba ya

Inovasi terkini...budu dalam tiub dulu dalam botol je kan
Tapi hanya mampu pandang sebab tak makan budu ni :)

Lenguh juga tangan mengendong kiri kanan nih...borong banyak ke? 
Harusnya tidak sebab geng sudah tetapkan RM200 sahaja untuk beli belah :)
Lepas selesai simpan barang dalam kereta dulu sebab hendak terus ke destinasi
makan tengahari pula...

Memandangkan semalam sahaja untuk tidur jadi tempat penginapan ini 
menjadi pilihan sebab yang lain sudah penuh tak sangka bukan waktu cuti 
sekolah pun penuh hotel di KB ni

Paling tidak disangka-sangka tempat yang kami akan bermalam
betul-betul berhadapan dengan pasar besar ..rugi rasanya beli tiket 
balik awal kan kalau tidak boleh beli nasi berlauk, nasi dagang atau
kuih muih sebelum balik dan makan di Sungai Buloh :)

Hendak tahu tempat makan tenghari, tempat penginapan makan malam dan 
supper kami tak lupa pantai yang kami singgah.....kita bersambung ke entri bhg 2....

November 12, 2014

Pusing-Pusing Bali 4 - Tanah Lot & Pura Taman Ayun

..Assalamualaikum Semua..

Usha-usha draf entri ternampak tajuk ini...alaaaaa...ni part last lupa pula nak up hari tu

Hari terakhir sebelum berangkat balik ke Malaysia pastinya tempat ni mesti
menjadi kunjungan pelancong yang melancong ke Bali.

Tanah Lot

Kata tour guide kami...kalau hendak membeli cenderamata disini la tempatnya
Ada lebih kurang 400 kedai di sepanjang jalan menuju ke tanah lot

Tiket perlu untuk masuk hehehe


Pintu gerbang 

Pura = Kuil

Salah satu pura yang terdapat di sini..kalau air tidak pasang kami boleh ke kawasan ini.

Pura yang sama dari jarak jauh..

Gambar kumpulan harus ada...matahari tengah panas lit-lit masa ni..:)







Disini cantik juga pemandangannya




Mengabadikan kenangan kami berdua chewahhh...:)

Sebahagian daripada deretan kedai yang ada...jenuh keluar masuk kedai kami berdua

Sebahagian daripada ahli rombongan yang selesai pusing-pusing dan beli belah..

Pura Taman Aman

Sepatutnya kami ke Ubud selepas ke Tanah Lot tapi disebabkan keadaan jalan yang sangat
macet dan jadual kami yang agak padat menghalang kami untuk sampai ke Ubud. 
Dan kami terpaksa menandatangani surat pengakuan mengubah jadual oleh tour guide takut
dia kena marah pandai-pandai tukar jadual kan..:)

Akhirnya kami tiba di sini pula..(tak termasuk dalam jadual wisata ini)

Suka betul tengok langit yang biru ini




Jadi berkahir lah sudah entri pusing-pusing bali Sofu & suami :)

Terima kasih pada yang sudi membaca/singgah sini :)

Entri pusing-pusing Bali yang lepas



October 27, 2014

Pusing-pusing Bali 3 - Makan-Makan

..Assalamualaikum Semua..

Ni nak sambung cerita pusing-pusing Bali untuk tempat makan di sana
Bolehla mencuba makanan Sunda di Restoran Pawon Pasundan
Set makan malam kami..yg dalam daun pisang tu nasi wangi sangat bila dibuka
Tempe, Tauhu, Ayam Goreng, Ikan Masin, Ulam dan Sup

Guramee Goreng Garing....sangat sedap makan dalam raga tu tau

Cincau Bali Style

Maklumat Restoran :)

Malam seterusnya kami merasa masakan Minang pula
Yang paling terkenal di sini adalah Restoran Natrabu
Habis makan-makan apa lagi posing-posing la
Kawasan ini memang disediakan untuk para pengunjung yang datang
Bergambar kenang-kenangan - Pelamin Minang Style

Pelamin yang sudah tersedia :)

Jadila buat kenang-kenangan..

Madu 5 hehehe...

Sweet Couple :)

Entri  Bali akan sampai ke penghujung tinggal lagi 1 je entri lagi

Kalu sudi boleh la jenguk-jenguk entri yang terdahulu dibawah


October 23, 2014

Dream Trip to Macau

..Assalamualaikum Semua..


Siapa yang punyai impian seperti Sofu jom sama-sama sertai peraduan dari Nuffnang ini.

Terbaca di website Nuffnang berkaitan Dream Trip to Macau, 
pucuk dicita ulam mendatangkan Sofu belum pernah sampai ke sana. 

Wahh....peluang sudah terbuka ke Macau pasti tiada siapa yang hendak lepaskan
peluang ini jika 3 hari 2 malam penginapan di hotel 4 bintang anda semua
DITAJA 

Penuh harapan agar pihak Nuffnang dapat memilih Sofu untuk merasai
keseronokan dan pengalaman yang menakjubkan di Macau nanti
Yang menjadi igauan saya pastinya..

1. Macau Tower


Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Macau Tower ini bukan sahaja berbelanja - jangan 
lupa bawa wang lebihan untuk berbelanja, makan - berbagai pilihan outlet boleh dicuba selain 
itu anda juga dapat melihat Macau dari Observation Deck dan aktiviti lasak yang pasti membuat
dada anda bergoncang. 

Pernah satu ketika menonton siri Running Man yang di rakam di Macau Tower,
terus tersemat ingin juga sampai ke sini tapi bukan lah untuk melakukan aksi yang 
dilakukan mereka iaitu Bungy Jump...Sofu tak mampu la gayat ooo...
tinggi sangat tetapi bila baca berkaitan Macau Tower terus menyimpan hasrat
untuk makan malam di Macau Tower 360 Cafe


Pastinya hidangan yang terbaik dan suasana malam Macau yang indah dan menakjubkan 
dapat dilihat dari disini. Tengok gambar pun sudah teruja kan.
 #Nuffnang sila pilih saya

2. A-Ma Culture Village


Muzium atau kampung budaya elalu berada dalam senarai tempat dilawati 
oleh Sofu bila travel . Dengan 7000 kaki persegi pasti tempat ini mempunyai 
pelbagai informasi untuk dikongsi pada pelancong yang datang. 
#Nuffnang sila pilih saya

3. The House of Dancing Water

The House of Dancing Water
The House of Dancing Water

Teruja tak...teruja tak anda lihat aksi persembahan mereka. Jadi Nuffnang harus
pilih Sofu untuk merasai dengan sendiri kehebatan mereka beraksi ya.
#Nuffnang sila pilih saya

Untuk rakan-rakan yang ingin ke Macau boleh terus melayari website 
Macau Government Tourism Office (MGTO)
 
Terima kasih buat Nuffnang yang sangat bermurah hati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78