August 29, 2014

Nuffnang Raya 2014

Assalamualaikum

Nak juga buat entry pasal ni walaupun dapat merasai kemeriahan hanya seketika cuma (frust sebenarnya tak boleh duduk lama di situ)

Ucapan terima kasih yang tak terhingga pada :
- Nuffnang kerana menganjurkanmajlis ini
- Staff Nuffnang yang buat pemilihan pemenang
- Staff Nuffnang yang email jemputan
- Staff Nuffnang yang bertungkus lumus merialisasikan majlis ini

Alkisah saja-saja tanpa perasaan dan harapan menggunung untuk dapat jemputan kan..meh baca kat SINI  macam mana saya dapat jemputan ni.

23/8/2014 - hujan lebat mengiringi pemergian saya dan teman sepejabat saya Nur ke Wanaka Bunglow, Damansara dengan hati macam-macam perasaan ada tapi sebabkan nak merasai kemeriahan acara yang julung-julung kali Nuffnang adakan buat selamba je kan..rugi je kalau tak datang kan.

Mesti berdiri sini sebagai kenangan..:)


Sempat main congkak lagi (eksyen je tu..hihihi) sebenarnya banyak aktiviti disediakan pada tetamu yang hadir..tengok je la penajanya Ambi Pur, U Mobile & WowBooth...sangat-sangat happening la petang tu.

Congkak dan batu seremban ni area Ambi Pur harus wangi area ni asal blogger masuk je sembur pewangi Ambi Pur dan Febreze

Lepas bermain-main dan berwangi-wangi di sini singgah ke WoWPhotoBooth kat sini memang sangat-sangat happening kena Q di sini ya..

Hasil berposing-posing di sini : jadilah buat kenangan beraya dengan Nuffnang dari tak de kan..
Makan memang sedap masa sampai tu dah berbau kambing yang tengah bergolek2..time makan memang tuju yang itu la sebab menu lain belum ada :)...sos dia sangat awesome ya sebab sedap sampai gambar pun tak de ya sebab sibuk mencekik :)

Misi kena teruskan...sebenarnya saya teringin nak bergambar kenangan dengan blogger Fila Ibrahim pemilik blog KasihAleeya..wahh tercapai juga misi sebab dia pun ada disini siap masak lontong lagi kat sini..sebenarnya ramai lagi blogger terkenal yang singgah ke majlis ni tapi tak sempat untuk bergambar bersama (tuntutan keluarga perlu di dahulukan..abg dah whatsapp byk kali bila mau balik sebab nak gerak ke Penang pula sebelum Maghrib.. hehehe)
Dan yang penting dapat bertemu dan berkenalan dengan blogger yang lain June dan Ainil (KL) - kiri dan kanan gambar..Farah (baju biru + mustard) mai jauh dari Penang dengan suami..terbaik la Nuffnang dapat menyatukan kami di sini
Mengabadikan kenangan di port yang terakhir di sini...:) layannn je la...


Penutup cerita hari ni...

Dengan harapan..dapat terus mengetuk keyboard ni :)



Sofu Hashim
1 Zulkaedah 1435H

5 comments:

  1. Kite pun tepaksa balik awal hari tu sebab cik abam ada keje.. Huhu.. Tak sempat nak tunggu lucky draw..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. wah ramai yg dah up entri raya nie..farah jer tak terbuat lagi..nak kena cepat2 siapkan nie..hehehe.. btw best dapat kenal awal.. tak kekok kn walaupun bagi 1st time jumpa.. heeee..=D

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat pergi. umah kite jauh. huhu

    ReplyDelete
  4. Tu la Fuza..tak sempat nak tanya sesapa sebab kena reply kat Nuffnang cepat masa tu..grab aje bdk opis ni sorg utk teman..

    Next time InsyaAllah..confirm Fuza jd partner Sofu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78