October 20, 2014

Drama Bila Hati Berbicara

..Assalamualaikum Semua..

Semalam tertonton promo di TV3 berkenaan dengan drama ini. 

Drama adaptasi dari novel Bila Hati Berbicara

Jom kita baca sinopsis dari  buku dulu ya..

Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia. 

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

Akan menemui penonton melalui slot Akasia TV3 mulai 28/10/2014.

Rata-rata pelakon baru yang memegang watak utama untuk drama ini. 

Masa tonton promo tu nampak macam best je cerita ini berbanding 
cerita yang ditayang di slot yang sama sekarang ini.






8 comments:

  1. Nmpknya slot akasia drama2 semua best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Sue...
      Promo mcm best tp tak tau la tetiba tgh jln jd tak best plak :)

      Delete
  2. tak leh nak layan crte kat tv skg nie..
    nak tgk tv pon mcm tak sempat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sian Ayu..
      Nanti dlm pantang layan tonton ya..:)

      Delete
  3. slot akasia ni selalu buat adaptasi novel dari jalan cerita yang lebih kurang sama. kahwin paksa memanjang. sampai dah tak terlayan. bila la nak buat kahwin rela pulak. haha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...betul tu cik fafa mmg lebih kurang je jln citer..
      tapi kena tgk pelakon yg membawa watak tu..kalu serasi dgn cerita meletop la citer tu kan..

      Delete

Terima kasih atas kunjungan anda.
Jangan lupa komen dan follow sekali.
InshaAllah saya juga akan terjah anda semula...

Love:-
Sofu Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belong ToSofu Hashim Bercerita... | Designed All Reserved By KathyR’bain78